Assalamu'alaikum wbt.
Sudah lama tidak mencoret kata di kanvas Segalanya Untuk-MU ini. Mahu dikatakan sibuk, hmm...bolehlah tahan sibuknya. Sementelah sudah hampir sebulan saya masuk ke lab untuk menyiapkan thesis. Waktu free selepas kelas memang perlu ke bangunan SAINT (SKKU Advanced Institute of Nano Technology) untuk menyiapkan sampel graphene.
Alhamdulillah, hari ini agak free.
*****
Kehidupan masih berjalan seperti biasa saya kira. Walaupun pada hakikatnya kerajaan Korea Utara sudah bagi amaran kepada foreigners di Korea Selatan untuk keluar dari sini 2 hari yang lalu. [Baca di sini] Cuak dan takut juga sebenarnya. Buat-buat berani dan nakmpak yakin sahaja.
Sekali-sekala sayup-sayup kedengaran pengumuman. Bertingkah dengan suara pensyarah di dalam kelas. Ada juga dengar bunyi kapal terbang melintasi bahagian atas bangunan. Namun, pensyarah masih lagi mengajar di hadapan. Pelajar masih lagi khusyuk mendengar sesi pengajaran.
Saya yang memerhati jadi cuak sendiri. Hilang fokus sekejap. Terlintas hadis ini di benak fikiran.
"Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala."
[Hadis Riwayat Al-Bukhari]
Eh. Ada kaitan ke hadis ini dengan apa yang berlaku sekarang ini? Pada saya, memang ada kaitannya.
Mesejnya, "Lakukanlah kebaikan selagi masih diizinkan." Ajal dan maut itu pasti. Cumanya kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana ia akan terjadi. Andai kata Korea Selatan diserang Korea Utara sekali pun, sekiranya ALLAH tidak mengizinkan nyawa kita terlerai dari badan, maka kita masih mampu menghirup udara segar ciptaan-NYA ini. Dan andai kata ajal kita sudah tiba, lari ke mana pun pasti akan meninggal jua.
Sementara masih ada waktu ini, sementara keadaan masih aman ini...kita teruskanlah bekerja mencari redha-NYA. Di samping kita pergiatkan amal kita. Menyempurnakan setiap amal kita sesempurna yang mungkin. Jalani kehidupan seharian seperti biasa. Di samping berwaspada dan sentiasa alert dengan sebarang pengumuman dan keadaan semasa.
Mungkin sahaja, apa yang berlaku kini adalah tanda ingatan ALLAH pada kita semua - warga Muslim yang berada di bumi Sonata ini. Bila maut mahu menjemput, pastilah kita makin mahu mendekati ALLAH bukan? Mungkin saja selama ini dalam kita tidak sedar, kita makin menjauh dari ALLAH. Mungkin dengan keadaan yang agak tegang ini, sebenarnya ALLAH mahu menarik kita kembali mengingati-NYA, mendekati-NYA, menyebut nama-NYA, merayu dan mengadu kepada DIA. DIA Yang Satu. DIA Yang Maha Mendengar. Mungkin...segalanya mungkin...
Kepada semua yang membaca coretan ini, saya memohon agar anda mendoakan kami semua di sini. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Insyaa-ALLAH.
*****
Sehari dua ini kita dikejutkan dengan rakaman video YouTube berkenaan kes buli pelajar sekolah menengah. Baru sahaja tadi saya sempat melihat rakaman berkenaan. ALLAHU AKBAR! Betapa sikap dan perangai mereka tidak menggambarkan langsung identiti mereka sebagai seorang pelajar. Gaya gangster. Gangster jalanan, mungkin.
Sedih apabila memikirkan mereka ini. Kasihan kepada yang kena buli. Lebih kasihan kepada si pembuli. Saya kira, mereka (para pembuli) ini mahukan perhatian. Itu yang mereka buat masalah macam-macam tu. Siap boleh rakam lagi aktiviti pembulian mereka itu.
Okay. Pasti ramai yang salahkan guru yang mengajar apabila kes pembulian sebegini berlaku. Adakah para guru tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebaiknya sehinggakan perkara sebegini boleh terjadi?
Namun hakikatnya, semuanya berpunca sedari rumah lagi. Kemudian terbawa-bawa sehingga ke sekolah. Kebiasaannya, masalah-masalah sebegini berlaku akibat daripada keluarga yang kucar-kacir, ibu bapa yang tidak ambil peduli hal anak-anak dan seumpama dengannya. Akibat kurangnya perhatian dan kasih sayang dari rumah, jadilah mereka anak remaja yang memberontak dan menimbulkan pelbagai masalah untuk mendapatkan perhatian.
Hmm...saya tidak dapat membayangkan bagaimanakah keadaannya generasi akan datang jika hal sebegini berterusan.
Dari sinilah perlunya pemupukan dan didikan agama, akhlak, adab dan moral sejak dari kecil. Saya yakin dan percaya, jika penerapan nilai-nilai murni ini dilakukan sedari kecil, pasti hal sebegini tidak akan berlaku. Bahkan, segala masalah gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat juga dapat dikekang.
Mahu mendidik anak, ibu bapalah yang terlebih dahulu perlu beragama, berakhlak, beradab dan bermoral. Betapa pentingnya peranan ibu dan ayah dalam mencorakkan anak-anak yang ibarat kain putih ini. Namun, jika suasana di rumah sahaja yang baik dan bagus tetapi suasana di luar cacamarba, buruk dan teruk. Apalah gunanya. Untuk itu, setiap individu, perlu mempunyai akhlak mulia dan fahaman agama yang bagus untuk melahirkan keluarga dan masyarakat yang utuh akhlak dan keperibadiannya.
Pendek kata, semua orang memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni, berakhlak dan beradab ini.
Untuk semua remaja di luar sana, anda penentu masa depan negara. Janganlah merosakkan masa depan anda dengan perkara yang tidak sihat sebegini.
Buat kita semua pula, pandanglah si pembuli sebegini dengan kaca mata kasih sayang. Janganlah mencemuh dan memaki mereka pula. Kita tidak tahu situasi dan keadaan mereka bukan? Saya akui, mereka memang bersalah. Tindakan mereka itu salah. Namun, janganlah menghentam mereka lebih-lebih. Beri kata nasihat tidak mengapa. =)
Aha, geram macam mana sekali pun, janganlah pula memukul mereka ya. Kalau jadi begitu, apa bezanya kita dengan mereka yang membuli? :')
Dengarnya pembuli-pembuli ini sudahpun ditangkap oleh pihak polis. Semoga mereka sedar akan kesilapan mereka dan berubah menjadi insan yang beragama dan berakhlak selepas ini. Insyaa-ALLAH.
Cumanya saya agak kecewa sebenarnya apabila membaca komen-komen YouTubers. Bahasa yang digunakan memang sangat-sangat kasar dan 'gangster'. Kalau dari segi bahasa, apa bezanya anda dengan pembuli-pembuli itu? Sama sahaja bahasa kalian.
Menegur pun ada seninya. Tidak perlu rasanya penggunaan bahasa-bahasa kasar sebegini dalam menegur. Menegur dan komenlah dengan berhikmah. Saya kira anda pun tidak suka orang menegur anda dengan menggunakan bahasa yang kasar bukan? Begitu juga mereka.
Lagi satu, saya tidak berapa setuju sebenarnya sekiranya si pembuli bertiga ini dikenakan tindakan dibuang dari sekolah kerana membuli. Pada saya itu bukanlah penyelesaian yang tepat. Penyelesaian sebegitu hanyalah bersifat penyelesaian pembantut.
Diakui bahawa masalah buli di sekolah berkenaan akan selesai sekiranya tindakan berkenaan dilakukan. Namun, para pembuli ini masih boleh meneruskan persekolahan mereka di sekolah yang lain. Dan berkemungkinan juga mereka masih boleh melakukan lagi pembulian di sekolah berkenaan. Nampak tak di sini yang penyelesaian memberhentikan persekolahan mereka tidak memberikan kesan?
Pada saya, para pembuli ini perlu dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak. Mereka perlu disedarkan akan kesilapan perbuatan mereka itu. Mereka perlu dididik dan diberikan didikan agama sebaiknya. Semoga mereka sedar dan menginsafi kesilapan yang telah mereka lakukan dan tidak akan mengulanginya lagi.
Paling tidak pun, mereka perlu dikenakan tindakan disiplin dan kerah mereka melakukan kerja-kerja kemasyarakatan (social work) untuk memberikan kesedaran kepada mereka. Semoga kesedaran itu hadir dalam diri mereka.
*****
Anda pernah membaca karya Abdul Latip Talib? Saya percaya ramai yang pernah membaca karya beliau. Sehari dua ini, Ustaz Hasrizal ada menegur Pak Latip berkenaan salah sebuah karya beliau yang ditulis berkenaan kisah Rasulullah SAW.
Berikut adalah status Ustaz Hasrizal pada FB beliau berkenaan hal ini.
Kesilapan fakta yang berlaku di dalam kitab-kitab yang menjadi sumber utama Sejarah Islam yang awal, berlaku dengan asas ilmu. Justeru kesilapan itu boleh dibetulkan juga dengan ilmu.
Kesalahan yang berlaku di dalam novel sejarah Islam karya Ayahanda Abdul Latip Talib sangat jauh untuk disamakan dengan kesalahan (jika boleh dinamakan sebagai kesalahan) yang pernah wujud di dalam karya sejarawan Islam seperti al-Tabari dan lain-lain.
Saya berpandangan, kenyataan Pak Latip berbentuk nasihat kepada pembaca novel sejarah Islam serta penulis genre ini, sangat mendukacitakan. Ia merupakan penegasan beliau bahawa kesalahan di dalam penulisannya tidak relevan. Seluruh disiplin ilmu di dalam ilmu hadith dan sejarah, tertolak dengan kenyataan sebegini. Semoga ada penambah baikan fundamental terhadap pendirian sebegini.
Pendapat Ayahanda Abdul Latip Talib yang dikongsikan di dinding Facebook rakan-rakan beliau, berbunyi begini:
========
NOVEL SEJARAH ISLAM
Sejarah ialah peristiwa masa lalu, tentang manusia yang benar-benar wujud dan kisahnya benar berlaku. Kebenaran itu dapat dibuktikan melalui catatan tarikh, nama tempat, nama orang dan ada fakta sejarahnya.
Fakta sejarah itu pula ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu tertentu,
di tempat tertentu dan tidak berdiri sendiri. Sebaliknya peristiwa itu mempunyai kaitan dengan peristiwa lain yang penting.
Mengenai sejarah Islam pula, Ibnu Ishaq dikatakan orang pertama sekali menulis sirah Rasulullah saw, kemudian diikuti Ibnu Hisyam. Tetapi adapun Ibnu Ishaq hidup kira-kira 200 tahun selepas Nabi Muhamad saw wafat.
Beliau banyak belajar dan mengambil riwayat daripada tokoh terkemuka al-tabi‘in, seperti Aban bin ‘Uthman (m. 101H-105H), Al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr al-Siddiq (m. 107H), Muhammad bin ‘Ali bin al-Husayn bin ‘Ali bin Abi Talib (m. 110H), ‘Asim bin ‘Umar bin Qatadah bin al-Nu‘man al-Ansari (m. 129H) dan ramai lagi. Meninggal dunia pada tahun 151H di Baghdad.
Ibnu Kathir pula lahir pada tahun 1372 atau kira-kira 740 tahun selepas nabi wafat… Kitabnya Al-Bidayah wa an-Nihayah merupakan sumber rujukan ilmu sejarah Islam. Dan kitab ini dijadikan bahan rujukan dalam penulisan sejarah Islam.
Mamun masih ada mereka yang mempertikaikan buku Ibnu Ishaq, Ibnu Hisyam dan Ibnu Kathir. Malah ada yang menolak kitab sejarah yang ditulisnya kerana dikatakan salah fakta. Ini Jelas menunjukkan fakta sejarah itu tidak pernah lengkap dan sempurna.
menurut Prof Teeuw, dalam karya sejarah yang paling ilmiah sekalipun pun ada aspek yang subjektif yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Hal ini disebabkan .
“Fakta sejarah tidak pernah disampaikan kepada kita dalam keadaan murni dan lengkap kerana Sentiasa dihias melalui fikiran si pencatat.”
Teeuw juga merumuskan bahawa fakta sejarah itu sifatnya memang tidak pernah lengkap.
Pada tahun 2010 seorang penulis bukan Islam bernama Deepak Chopra
menulis “Muhammad A Story of The Last Prophet” yang juga disampaikan dengan gaya penulisan kreatif. Sejak novel itu diterbitkan tidak ada pula yang membantahnya. Apakah orang Islam sendiri lebih senang kisah nabi kita itu ditulis oleh penulis bukan Islam dari ditulis penulis Islam sendiri?
Kerana itu wahai penulis novel sejarah Islam teruslah menulis jangan takut dikatakan salah fakta kerana kitab yang benar-benar sejarah pun dikatakan salah fakta.
Kepada pembaca novel sejarah Islam teruslah membaca kerana jika pun salah fakta tidak merosakkan akidah dan iman tuan puan.
Untuk mendapatkan fakta yang lebih lengkap boleh membaca kitab-kitab sirah..."

Kesimpulannya, kita hendaklah berhati-hati dalam menulis kisah sejarah terutamanya berkenaan Rasulullah SAW. Kita perlu amanah dalam menulis. Tidak boleh ada tokok tambah dalam setiap hadis dan penceritaan. Itu menyalahi prinsip penulisan sejarah.
Kita juga hendaklah berhati-hati dalam memilih bahan bacaan. Perlu teliti dalam memilih bahan bacaan. Kerana kita adalah apa yang kita baca. Mana mungkin kita mampu menyampaikan kisah yang sebenarnya seandainya kita membaca daripada sumber yang salah.
Pengajaran yang saya boleh ambil daripada teguran penuh prihatin dan kasih sayang Ustaz Hasrizal kepada Ayahanda Pak Latip ini adalah...kita perlu berlapang dada. Seandainya ada yang menegur, baik tua mahupun muda, terimalah dengan hati yang terbuka. Pandanglah mereka yang menegur dengan kaca mata kasih sayang. Mereka menegur itu kerana mereka sayangkan kita sebenarnya. Mereka tidak mahu kita tersilap langkah. Mereka mahu memastikan kita sentiasa berada di landasan yang benar. Sebab itulah mereka memberikan teguran.
Dan...saya kira...para peminat (audien yang memandang) juga, pandanglah si penegur dan yang ditegur ini dengan kaca mata kasih sayang. Yang salah tetap salah. Dan yang betul tetap betul. Janganlah menegakkan benang yang basah dek kerana anda sayangkan sesebelah pihak.
Yang menegur pastinya tidak akan menegur sembarangan. Dia pastinya telah menimbang tara akan baik buruk perbuatannya sebelum menegur.
Yang ditegur juga perlulah berfikiran terbuka dan menerima baik teguran berkenaan. Pastinya teguran itu untuk kebaikan diri sendiri juga.
*****
Pandanglah semua yang berlaku di sekeliling kita ini dengan kaca mata kasih sayang. Pasti kita akan menemui hikmah pada setiap apa yang berlaku. Pasti ada ibrah (pengajaran) yang ALLAH selitkan pada setiap kejadian. Tinggal kita sahaja yang mahu mengambilnya atau tidak.
Wallahu'alam.
Bersama kita mengambil cakna. Moga apa yang mahu diperkatakan sampai maknanya pada yang membaca.
(Panjang pula celotehnya setelah lama menyepi. Huhu)
No comments:
Post a Comment