Assalamu'alaikum wbt.Jom kita sama2 menghayati dan renungi kisah ini yang dipetik daripada artikel Sheikh 'Ali Tontowi yang bertsjuk Pintu Yang Sentiasa Terbuka.
Ketika saya mngunjungi al-Mamlakah( kerajaan Arab Sa'udi) pada tahun 1382 H(1961 M)saya telah tinggal selama setahun di Riyadh dan seterusnya saya ke Makkah dan tinggal selama setahun di sana sampai sekarang.
Ketika itu terdapat seorang pemuda dari Syam(Syria) yg tidak perlu saya nyatakan namanya.Dia tinggal di Riyadh bersama ibunya.Dia ditawarkan pekerjaan di Lubnan namun ibunya melarang keran tidak ingin ditinggalkan keseorangan. Apabila waktu berlepas ke Lubnantelah dipastikan, pemuda tadi membawa barangannya (beg dan keperluan) ke lapangan terbang dan diserahkan kepada pihak syarikat penerbangan.
Pemuda tersebut selepas itupulang ke rumahnya supaya dia boleh bertolak pada keesokan paginya dari rumah.pemuda tadi mengharapkan ibunya untuk mengejutkannya sebelum subuh tetapi ibunya tidak mengejutkannya sehingga tinggal 45 minit sebelum pesawat berlepas.
Dia bergegas bangun, kemudian mengambil teksi dan menggesa pemandu membawanya ke lapangan terbang dengan menjanjikan upah berganda..
Dia berdoa pada Allah agar dia sempat tiba sebelum pesawat berlepas.Apabila tiba di lapangan terbang dia mendapati pesawat masih belum berlepas dan masih ada 15 minit sebelum waktu berlepas.Dia pun mamasuki balai berlepas,terus berehat di kerusi lalu tertidur.
Kedengaran melalui pembesar suara panggilan untuk para penumpang pesawat agar menuju ke pesawat namun pemuda tadi tidak sedar sehinggalah apabila pesawat tersebut telah pun berada di udara.
Ketika itu saya bersamanya dan pemuda tersebut berasa pelik mengapa setelah dia berdoa dengan penuh mengharap dan terdesak,doanya masih tidak dimakbulkan? ?
Saya berusaha untuk memudahkan dia memahami perkara tersebut lalu saya katakan padanya;"Sesungguhn ya Allah tidak semestinya memakbulkan doa setiap orang yang memohon dengan ikhlas dan terdesak.Tetapi manusia sendiri yang mendakwa doanya yang tidak baik sebagai baiksedangkan hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui kebaikan untuk pemohon tadi lebih baik dari diri pemohon tersebut."
Pemuda tersebut kelihatan agak marah dan sedih setelah memahami apa yang saya katakan.Adakah anda semua tahu apakah kesudahan kisah ini??? Boleh jadi ada di kalangan anda semua yang masih mengingati kes pesawat Timur Tengah yang jatuh terhempas dalam tahun tersebut dan menyebabkan semua penumpangnya terbunuh ?? Inilah pesawat yang menyebabkan pemuda tadi berdukacita kerana terlepas menaikinya.
Sesungguhnya manusia kadangkala meminta sesuatu dari Allah yang boleh memudharatkan dirinya sendiri namun Allah lebih belas kasihan padanya lebih dari dirinya sendiri..
Apabila seorang ayah membawa anak kecilnya ke kedai dan anak tadi melihat permainan lalu berkata:" Saya nak permainan itu!" maka dibelikan untuk anaknya.Apabila anaknya melihat buah yang cantik maka diberikan padanya. Apabilaanaknya meminta coklat lalu diberikan apa yang dikehendakinya.
Namun apabila mereka melalui farmasi,anaknya melihat ubat yang berbalut kertas merah yang menarik perhatiannya lalu meminta dari ayahnya; adakah ayahnya akan membelikan ubat tersebut untuk anaknya sedangkan dia mengetahui kebaikan dan manfaat untuk anaknya.
Pasti dia tidak akan membelikan setiap apa yang diminta oleh anaknya. Ini kerana boleh jadi anaknya akan meminta sesuatu yang tidak berfaedah.
Maka Allah sudah tentu lebih penyayang terhadap hamba-hambaNya lebih dari setiap ayah dan ibu serta orang yang menjaga mereka..
No comments:
Post a Comment