Sunday, June 12, 2011

Mencari Damai Di Hati


Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...

(petikan daripada iluvislam.com, Aku Ingin Berubah)

Alhamdulillah..terasa diri sedikit tenang hari ini. Terasa tidak sia-sia ke Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin malam tadi. Terasa jiwa terisi dengan perkongsian daripada Saudara Ammar Muhd tentang konsep kebergantungan kepada ALLAH SWT.

Pada mulanya saya agak berbelah bagi, sama ada nak pergi atau tidak solat hajat malam tadi. Study tak habis lagi. Kalau pergi confirm burn dah time study. Kononnya la...Dalam dok berbolak balik tu, saya decide untuk pergi. Alhamdulillah, ALLAH gerakkan hati saya untuk pergi walaupun kalau ikutkan saya dah turun rumah lewat dah jugak petang semalam. Kalau tengok invitation dekat fb tu, majlis akan start pukul 7 malam, tapi saya pukul 7 tu masih berada dalam subway yang baru je melepasi beberapa station selepas Sungkyunkwan University station. Perjalanan ambil masa dalam 40 minit jugak tu..huhu..

Alhamdulillah, saya tak ketinggalan apa-apa pun sebenarnya. Saya bajet saya sampai tu orang mesti dah sudah ataupun tengah baca Yasin. Rupa-rupanya majlis start selepas Maghrib. Waktu Maghrib pulak masuk dalam pukul 8 malam. Dan saya tiba, beberapa ketika sebelum azan berkumandang. Alhamdulillah...

Just for you,

For the first time I read your so-called love letter, I cried

For the second time I read it, I smiled and thanked to you so much

Your words really calmed me as well

They’re such a good remedy for me

A bunch of hug and love for you

I wish you were here with me right now

So that, I can lean on your shoulder

I want to spill out everything on you

I want you to give me a warm hug and a sweet advice

Thanks a lot dear,

Thanks for the such wonderful love letter =)

Duhai adikku,
Jangan mudah mengaku kalah,
Yakinlah yang terbaik buat diri sendiri,
DIA sentiasa bersamamu,
Yakinlah, setiap kesusahan akan ada kemudahan,
Yakinlah, ALLAH tidak kurniakan sesuatu yang tidak mampu untuk kita tanggung,
Dan yakinlah, dengan mengingati ALLAH hatikan menjadi tenang.

Semoga ALLAH menjaga hati kita.

Insya-ALLAH, moga damai yang dicari ditemui dalam masa terdekat ini. Dan saya memang sedang berusaha untuk itu. Mencari damai yang telah dibawa pergi. Mencari damai yang sedang bersembunyi. Mencari damai di hati…

Friday, June 3, 2011

Maryam Al-'Uzara'





Assalamu'alaikum wbt.

Pernah dengar kisah Maryam tak? Menarik betul kisah Maryam ni. SubhanaALLAH...Masya-ALLAH..terpegun saya mendengar kisahnya. Kisah yang memang patut dicontohi oleh fatayat macam kita-kita semua ni.

Fatayat tu apa? Fatayat ni jamak kepada fatah. Fatah maksudnya pemudi. Lady. Gadis. Anak dara. =)

Perempuan yang berumur dalam lingkungan 15-22 tahun bolehlah digelar sebagai fatah. Lady. Gadis. Anak dara. Dalam lingkungan umur macam ni lah, dia nak ada feeling2,loving2, rasa nak bercinta, dok fikir siapa pasangan dia,suka berangan, suka layan perasaan....Dan semua benda ni, perkara normal bagi seorang gadis. Kalau ada yang tak pernah rasa benda ni, tak normallah tu.heheh...

Maryam ni pun umur dia dalam lingkungan 15-16 tahun masa dia mengasingkan diri untuk beribadah pada ALLAH di Baitul Maqdis. Dia selalu bangun malam; qiam. Masa Maryam mengandungkan Nabi Isa, umur dia dalam 17-18 tahun. Kisah Maryam ada dalam surah Ali Imran dan surah Maryam.ALLAH telah memuliakan Maryam. Buktinya nama Maryam ada disebut sebanyak 33 kali di dalam Al-Quran. Sama banyak dengan bilangan kita sujud sehari.

"Dan (ingatlah) ketika para malaikat berkata,"Wahai Maryam! Sesungguhnya ALLAH telah memilihmu,menyucikanmu, dan melebihkanmu di atas segala perempuan di seluruh alam (pada masa itu)."-Ali Imran,3:42-

Biodata Maryam.
1. Anak kepada Imran dan Hannan.
2. Ibu kepada Nabi Isa.
3. Dipelihara oleh Nabi Zakaria.

Gelaran Maryam:
1. Maryam al-'Uzara' (Maryam yang Suci)
2. Maryam al-'Abidah ( Maryam Seorang yang Beribadah)
3. Saiyyidah An-Nisaaul 'Alamin (Ketua Perempuan Seluruh Alam)

Sifat Maryam
1. Suka beribadah
Maryam memilih satu tempat untuk dia beribadah. Dia suka memilih tempat terbitnya matahari (syarkiyyan) untuk beribadah.

Hadis nabi,"Sekiranya kita dapat solat 2 rakaat dan sujud di tengah malam,ia adalah nikmat yang paling baik di seluruh alam."-Rasa inilah yang dirasai oleh Maryam.

2. Suka bertafakur @ berfikir.
Maryam selalu berfikir, siapa yang ciptakan matahari. Sudah pasti matahari ini ada penciptanya. Tentunya ALLAH yang menciptakannya.

"Berfikir @ bertafakur sejenak itu adalah lebih baik daripada beribadah seribu tahun"

"Berfikir itu adalah salah satu daripada cahaya keimanan."

3. Suka menolong orang.
Maryam berkhidmat menjadi sukarelawan di Baitul Maqdis. Dia suka membantu orang yang memerlukan bantuan.

**Pada saat gadis-gadis yang sebaya Maryam asyik berangan-angan melayan perasaan, Maryam hanya meletakkan perasaannya itu untuk mencintai ALLAH. Al-Hubbu Syadid lillah;rasa cinta yang teramat sangat kepada ALLAH.Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita meletakkan perasaan kita pada tempatnya?

**Bagaimana caranya untuk kita melatih diri untuk mencintai ALLAH?
1. Jangan biarkan diri kita kosong. Isi masa dengan beribadah dan mengingati ALLAH.
2. Mengadu segala hal hanya kepada ALLAH.

Jadilah seperti Maryam. Perempuan memang ALLAH berikan seribu macam perasaan. Letakkanlah perasaan itu pada tempatnya. Jangan letakkan perasaan pada syabab;pemuda. Akan hilanglah perasaan manis itu. Perasaan kita ini amat mahal nilainya, adakah sewenang-wenangnya kita hendak menurunkan harganya?

Keistimewaan Maryam:

1.Salah seorang perempuan syurga.

Empat Perempuan Syurga:
1. Khadijah binti Khuwailid
2. Maryam binti Imran
3. Asiah Imra'ah Firaun
4. Fatimah binti Muhammad

2. ALLAH kurniakan karamah kepada Maryam dengan memberikan makanan dari syurga.

"Maka DIA (ALLAH) menerimanya dengan penerimaan yang baik, membesarkannya dengan pertumbuhan yang baik, dan menyerahkan pemeliharaan kepada Zakaria. Setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (kamar khusus ibadah),dia dapati ada makanan di sisinya. Dia berkata,"Wahai Maryam! Dari mana ini engkau peroleh?"Dia (Maryam) menjawab,"Itu dari ALLAH." Sesungguhnya ALLAH memberi rezeki kepada siapa yang DIA kehendaki tanpa perhitungan."-Ali Imran,3:37-

3. ALLAH kurniakan mukjizat kepada Maryam.
- Maryam merupakan satu-satunya perempuan yang boleh berjumpa dengan Jibril.
-Maryam merupakan satu-satunya perempuan yang mendapat layanan sama seperti nabi.
-ALLAH melahirkan Isa dari rahim Maryam tanpa digauli lelaki.
-ALLAH menyucikan Maryam dan ALLAH bagi ujian kepada Maryam.
-ALLAH tumbuhkan pokok kurma dan anak sungai untuk Maryam makan dan minum semasa melahirkan Nabi Isa.

Nazar seorang ibu.
-Ibu Maryam,Hannan telah bernazar untuk serahkan Maryam berjuang di jalan ALLAH.

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata,"Ya Tuhanku,sesungguhnya,aku bernazar kepada-MU, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi (kepada-MU), maka terimalah (nazar itu) dariku. Sungguh, ENGKAUlah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui."-Ali Imran,3:35-

**Kat sini kita boleh tengok yang kelahiran orang yang hebat itu lahir dari orang yang hebat jugak. Jadinya,untuk melahirkan anak yang hebat, ibunya perlulah menjadi hebat terlebih dahulu.**Doa itu sangat penting terutamanya doa seorang ibu.

**Kepada kaum Hawa, jadilah seperti Maryam dan Hannan. Kepada kaum Adam, jadilah seperti Imran.

Saturday, May 28, 2011

Nikmat

Assalamu'alaikum wbt

Tidak terhitung rasanya nikmat yang ALLAH berikan kalau nak dihitung. Tak cukup jari tangan jari kaki nak kira. Nikmat sihat, nikmat iman, nikmat islam, nikmat penglihatan, nikmat belajar, nikmat pendengaran, nikmat malam, nikmat siang, nikmat tidur, nikmat sakit (err..cik penulis, sakit pun dikira nikmat ke?)

Dalam masa terdekat ni,dah 2 kali saya pitam. ALLAH...tiba-tiba pandangan jadi gelap, mula-mula pandangan kabur, yang warna-warni sikit-sikit jadi black and white je, lepas tu gelap....Masa tu baru terasa nikmatnya sihat itu. Kalau tak pitam, rasanya saya tak berapa nak menghargai nikmat sihat tu.

Bila time puasa, masuk je waktu tengah hari, time lunch..terus perut berdondang sayang. Minta diisi. Masa tu baru rasa, nikmatnya kenyang itu. Nikmatnya berada dalam kesenangan. Baru dapat rasa, macam ni rasanya orang-orang yang lapar.

Banyak sangat ALLAH bagi nikmat kat kita kan? Tapi...kita je yang kadang-kadang menyalahgunakan nikmat yang ALLAH bagi tu.

Bersyukurlah dengan nikmat yang ALLAH berikan. Kembalilah kepada-NYA.

Nikmat tu milik ALLAH kan? Jadi, bila-bila masa je ALLAH boleh tarik kalau DIA nak...Hargailah pemberian-NYA dan gunalah ke arah kebaikan...Insya-ALLAH.

Saturday, May 21, 2011

Kasih Ibu Hingga Ke Syurga


Assalamu'alaikum wbt.

Pagi minggu yang damai. Alhamdulillah. ALLAH masih beri kesempatan untuk diri ini menyedut udara di bumi-NYA. Alhamdulillah.

Kasih Rafidah ke Hujung Nyawa membuatkan saya beranaksungaikan air mata. Benarlah kata pujangga, "Kasih Ibu Hingga ke Syurga". Teringat pesan Ummi lewat panggilan telefon malam tadi. "Long, sebagai kakak yang sulung. Long patut jadi contoh untuk adik-adik. Adik-adik nak tengok sapa lagi kalau bukan kakak diaorang. Ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak Ummi. "

Malam tadi saya hanya mengiakan dan menjawab,"Insya-ALLAH". Bila teringat balik pagi ni, nak-nak lepas baca pasal berita pengorbanan seorang ibu kat Kosmo!Online tadi. Kata-kata tu, buat saya menangis.

Setiap insan yang bergelar ibu, tentunya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Seorang ibu akan buat apa saja untuk anak dia. Macam kisah Rafidah ni, dia sanggup biarkan dirinya terbakar. Dia pastikan anak-anak dia selamat dari kebakaran. Dia kerahkan sekuat tenaga wanitanya untuk membengkokkan besi bagi mengeluarkan anak-anaknya dari tingkap. Akhirnya dia menemui ajal dengan badan rentung terbakar.

Itu baru satu kisah. Banyak lagi kisah-kisah pengorbanan ibu yang lain. Ibu kita sendiri pun tidak terlepas dari mengorbankan banyak benda untuk kita; anaknya. Sedari kita masih di alam rahim, ibu kita menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Bila dah lahir, wanita yang kita panggil ibu, mak, ummi, mama inilah yang bersengkang mata menjaga kita siang dan malam. Hatta seekor nyamuk pun tidak akan dibenarkan hinggap di badan kita. SubhanALLAH. MasyaALLAH. Besarnya pengorbanan seorang ibu.

Tanpa pengetahuan kita, ibu kita sentiasa mendoakan kita. Persoalannya di sini, adakah kita juga selalu mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita pada lewat solat kita? Fikir-fikirkanlah.

Kadang-kadang, kejayaan dan kesenangan yang kita kecapi itu bukannya hasil daripada doa kita sendiri. Tetapi kejayaan dan kesenangan itu kita dapat kecapi berkat doa ibu dan bapa serta doa orang lain terhadap kita.

Saya jauh dari keluarga sekarang. Kalau nak balik pun, bukannya boleh senang-senang nak balik macam tu je. Saya tahu itu. Beruntunglah kamu-kamu yang boleh sentiasa pulang ke rumah. Hanya pada ALLAH saya sandarkan pengharapan. Saya tahu, walau jauh mana pun saya dengan keluarga, ALLAH sentiasa menjaga keluarga saya untuk saya. Asalkan saya tidak leka menjaga ALLAH.




Thursday, May 19, 2011

Tawakkal dan Yakin dengan ALLAH

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, malam tadi ALLAH berikan saya kesempatan untuk belajar tajwid dan mendengar kisah-kisah dari Al-Quran dengan Kak Nazihah. Pada asalnya, saya dalam dilema. Sebabnya projek Logic Design saya tak siap lagi semalam. Kena hantar selewat-lewatnya malam tadi. Dah dua,tiga hari saya cuba siapkan projek ni. Kena design logic circuit guna SimUaid program. Nak kena faham konsep odd parity and even parity tu dah ambik masa seharian. Dah faham, lukis-lukis circuit tu, bila dah sambung dengan wayar ada error la pulak. Haish...lukis balik, error lagi. Lukis lagi, error...huhuhu...

Risau saya jadinya. Projek nak kena hantar malam tadi. Tapi nak pergi jugak dengar sambungan kisah Ashabul Jannah. Lepas je subuh pagi semalam, terus saya design lagi. Kelas pukul 9 pagi cancel sebab lecturer ada seminar. Alhamdulillah. Dekat-dekat pukul 10 pagi semalam, saya dapat siapkan jugak projek tu dengan report sekali. Alhamdulillah...

Malam tadi, dapat dengar sambungan kisah Ashabul Jannah. Best sangat kisah tu. Nanti saya cerita next n3 eh.

Saya paling terkesan bila Kak Nazihah cakap, "Bila kita dapat result tak berapa elok ke, dapat musibah ke apa ke.. Kita kena ingat balik apa yang kita dah buat sebelum ni. Mesti ada benda yang tak settle lagi. Sebab tu ALLAH tak bagi apa yang kita nak. Sebabnya ada benda yang kita tak settle lagi. Dengan mak ayah kita ke, kawan-kawan kita ke, adik-beradik ke, cikgu ke..Kena realize balik.Sebab tu kita kena minta maaf sebelum berjuang. Sebelum exam, minta maaf dengan semua orang."

Bila kita menghadapi saat-saat yang sukar dalam hidup kita, bacalah surah At-Talaq ayat 3. ALLAH dah janjikan dalam ayat tu. Bertakwa dan bertawakkallah pada ALLAH. DIA lebih tahu apa yang kita perlukan.

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." Surah at Talaq – ayat 3



Yakin dan bertawakkallah pada ALLAH. DIA tahu apa yang kita perlukan. Kadang-kadang, kita tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Namun, ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu. DIA akan berikan apa yang kita perlukan bukannya apa yang kita mahukan.

p/s: I'm proud of you, sis. Yakinlah dengan ketentuan ALLAH. Jangan bersedih. Bergembiralah. Yang penting, jangan berputus asa. Teruskan berusaha dan berusaha. Selebihnya serahkan pada Yang Maha Esa. =))

Thursday, May 12, 2011

Bila Hati Bicara


Assalamu'alaikum wbt.

Semenjak dua menjak ni...saya rasa semua yang saya buat serba tak kena. Dengan keputusan mid-term exam yang tak berapa nak memuaskan hati, dengan banyak kerja yang kalau nak ikutkan takde la banyak sangat, tapi akibat sikap bertangguh-tangguh, jadilah bertimbun.huhu..I know,my bad...Semua benda jadi tak kena sebab saya yang buat benda tu jadi tak kena.

Siapa suruh tak study betul-betul? Bila dapat result yang tak ok, sedih...Salah siapa? Salah saya....

Siapa suruh tangguh-tangguh kerja tu? Bila dah banyak bertimbun,serabut...tak cukup kaki tangan nak buat..Salah siapa? Salah saya...

Bila duduk sorang-sorang, saya terfikir...realize balik, apa yang saya buat selama ni. Masa kecik-kecik dulu, teringat...Masa tinggal kat Segamat dan Setiu, saya asyik dapat result yang sedang-sedang je. Kalau dalam kelas tu ada 30 orang, kedudukan saya hanya pada ranking 15 macam tu je. Bila balik kampung, saya jadi terkejut bila dapat tempat ketiga teratas dalam kelas. Wow! Tak pernah-pernah dapat keputusan secemerlang itu selama ni, tup-tup dapat. Sejak itu, saya berusaha untuk kekalkan prestasi saya.

Namun, keputusan UPSR saya tidaklah begitu memuaskan. Bila masuk sekolah menengah, saya sekelas dengan kawan-kawan yang memang result UPSR diaorang gempaq-gempaq semuanya. Cuma diaorang tak bernasib baik untuk ke SBP atau MRSM je. Saya jadi rendah diri dan sentiasa ingin berlumba-lumba dengan mereka semua. Alhamdulillah, keputusan PMR saya agak bagus. Jutaan kesyukuran dipanjatkan buat ALLAH SWT.

Saya masih kekal di sekolah yang sama sehingga SPM. Alhamdulillah, sekali lagi jutaan kesyukuran dipanjatkan buat Yang Maha Esa dengan rezeki yang DIA berikan. Dengan izin-NYA, saya boleh berada di sini sekarang.

Saya tersentak. Saya melihat diri saya sekarang. Hati berbicara sendiri.

'Adakah aku mahu mempersia-siakan peluang yang ALLAH bagi ini begitu sahaja?'
'Begitu banyak kejayaan yang ALLAH berikan. Adakah aku bersyukur?'
'Adakah mahu berhenti hanya setakat itu sahaja?'

'Bagaimana dengan keadaan sekarang?'
'Mahu main-main lagi kah?'
'Mahu kekalkan dengan result exam yang tak seberapa tu ke?'
'Mahu sentiasa buat kerja last minute ke?'

'Tidak!!!!!!!'
Hati saya membentak keras.

'So?'
"So?" Terluah kata-kata yang bagaikan tidak faham dengan hati sendiri.
'Kau tak mahu sia-siakan peluang yang ada ni kan?'
"Mestilah..."
'Lepas ni nak main-main lagi tak?'
"Insya-ALLAH tak..."Menjawab dengan penuh yakin.
'Nak dapat result teruk lagi ke?'
"Ish..tak nak dah...."Tergeleng-geleng kepala. Nak menunjukkan betapa bersungguhnya diri ini.
'Nak serabut dengan kerja bertimbun sebab siapkan last minute lagi?'
"Tak nak! Penat!"
'Ha...tau pun penat! Tapi buat jugak!'
"....." Terkedu. Kena hentam dengan hati sendiri.

Berubah lah wahai diri. Berubahlah. Peluang hanya datang sekali. Jangan sia-siakan. Inikah contoh duta kecil yang nak ditunjukkan pada orang? Seorang insan yang tidak terurus masanya, seorang insan yang tidak tetap pendiriannya...Tentu tidak bukan? Mana individu muslim yang ingin dibentuk? Mana muwasofat muslim yang ingin diikut? Berterabur...Sedarlah dari lena yang panjang...Berubahlah ke arah kebaikan...
"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka"~Ar-Ra'd,13:11~



Bila hati bicara...
Tuan punya hati terkedu.
Insaf dengan kelemahan diri.
Insaf dengan kekhilafan insani.

Bila hati bicara...
Tuan punya hati kaku.
Tak dapat membalas kata.
Kerana semuanya benar belaka.

Bila hati bicara.
Tuan punya hati kelu.
Tahu khilaf yang dibuatnya.
Perlu perubahan yang segera.

Bila hati bicara.
Tuan punya diri sedar.
Ada kebangkitan yang harus berlaku.
Ada perubahan yang mesti dilakukan!

Bila hati bicara.
Hanya pada DIA kuratapkan
Hanya pada DIA kuluahkan
Hanya pada DIA kuberitakan

Kerna..
Kutahu...
Bicara hatiku ini takkan dibiarkan sia-sia
DIA mendengar luahan rasaku
DIA tahu apa yang terbaik buatku

Bila hati bicara.
Reaksi perlu bergerak seiring.
Hati menggerakkan
Tubuh merealisasikan
Insya-ALLAH

Berusaha pasti akan berjaya.
Yang bulat takkan datang bergolek
Yang pipih takkan datang melayang
Insya-ALLAH, semuanya perlukan pelaksanaan...


Wednesday, May 4, 2011

Hati

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
ALLAH masih beri saya, awak, kamu, dia dan kita semua bernafas lagi hari ni
Hari ini, ALLAH membenarkan kita semua menghirup udara segar dan nyaman
Alhamdulillah...

Sungguhlah seperti apa yang dikata...
Manusia ini susah nak bersyukur
Manusia masih mampu untuk bersabar
Masih boleh untuk bersabar
Tapi...
Manusia amat susah untuk bersyukur
Bila nak
Mereka minta...minta dan terus meminta
Minta sampai dia dapat apa yang dia nak
Tapi...
Bila dah dapat
Dia lupa untuk berterima kasih
Dia lupa untuk mengucapkan syukur

ALLAH jadikan manusia ni istimewa. ALLAH bagi akal dan hati. Hati tu yang tentukan baik atau jahatnya kita. Kalau hati kita baik, baiklah kita. Kalau hati tu jahat, jahatlah kita.

"Ingatlah di dalam setiap jasad terdapat seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia jahat, rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Waktu tengah sharing-sharing minggu lepas, saya tersentak bila akak ni cakap macam ni,"Kalau badan kita tak sihat, dia tak effect kita masuk syurga ke masuk neraka ke...tapi kalau hati kita tak sihat, dia boleh jadi penyebab kita masuk neraka..."

Uikss...takut........Hati kita ni boleh sebabkan kita terhumban ke dalam api neraka. Na'uzubillahi min zalik.

Kalau tanya, sapa nak masuk syurga? Confirm semua orang akan cakap dia nak masuk syurga. Tapi perkataan atau lisan tak cukup membuktikan apa yang dikata. Kena cakap dan kena buat apa yang kita cakap. Insya-ALLAH itu baru betul-betul menunjukkan yang kita ni betul-betul maksudkan apa yang kita cakap tu.

Saya bagi contoh eh. Ada la sorang mamat ni, dia cakap dia punyalah sayang kat kita. Dia sanggup buat apa saja untuk kita. Sanggup ke bulan ke bintang untuk buktikan cinta dia tu. Lautan api sanggup ku redah, katanya la...Tapi boleh percaya ke eh dengan kata-kata dia tu? hmm...macam susah je kan nak percaya...Awak pun cakap la, saya tak berapa nak percaya la..Lepas tu, mamat ni pergi jumpa mak ayah awak. Siap bawak mak ayah dia lagi tu. Hah! Sekarang baru boleh percaya kan? Memang dia betul-betul serius la dengan apa yang dia kata tu. Ok, got the point?Orang Cina cakap, cakap mau kena selupa bikin ma!

Jadinya, saya nak mengingatkan diri saya sendiri dan juga awak semua para pembaca. Berhati-hatilah menjaga hati. Insya-ALLAH, jom kita sama-sama elakkan daripada 6 penyakit hati ni.
1.Takabbur
2.Hasad dengki
3.Bakhil
4.Tamak
5.Degil
6.Marah

Kita takkan baik selama-lamanya,tapi kita berusaha untuk baik selama-lamanya. Renung-renungkanlah...