Assalamu'alaikum.Saya dan kawan-kawan satu batch yang lain baru je balik dari program homestay petang tadi.Seronok...Keluarga homestay kami baik-baik.Alhamdulillah.Mula-mula nak pergi tu risau la jugak.Nak cakap macam mana dengan diaorang.Pastu nanti kalau diaorang tanya apa-apa yang berkaitan dengan agama nak cakap macam mana.Tapi Alhamdulilah ALLAH dah permudahkan segalanya dan semuanya berjalan dengan lancar.
Esok kami ada Yorem Outdoor Camp aka SummerOutdoor Camp kat Ramaere Resotel,Incheon.Camp ni gabungan antara usrah-usrah.Moga jalinan silaturahim kami pelajar-pelajar di Korea ini bertambah erat dan kukuh lagi selepas ini.
Ok la..tu je kot untuk hari ini.Nanti balik dari yorem camp ni saya tulis banyak lagi ye.
Tahniah kepada kawan-kawan saya di Malaysia yang berjaya ke IPT pilihan masing-masing.Gembira bila dengar korang semua berjaya.
Tak lupa juga kepada sepupu saya,Kak Nani..Along ucapkan tahniah dapat masuk UTM.Dulu Along ada gak terfikir nak masuk situ.Tapi Kak Long ngan Kak Nani dah ganti tempat Along kat sana.hihi..Kak Long nak graduate master,Kak Nani pulak yang sambung ye?Macam janji-janji je korang ni ye?hehe..Apa-apapun congrate sis..Nanti Along balik Malaysia tahun depan kita sembang banyak-banyak ye..
2 comments:
Hehehe..nanti kak long suruh kak nani baca blog along...tq dear..missed u so much...apa2 pun jaga diri baik2 kat tempat orng..nanti boleh ajar k.long cakap korea.hehe
ok...hihi..nanti along ajar kak long bahasa korea ek..
Post a Comment