Saturday, April 9, 2011

Halangan

Assalamu'alaikum wbt.

Seminggu...
Seminggu yang dilatari pelbagai peristiwa
kisah suka dan duka
pengalaman yang membuatkan diri menjadi lebih dewasa
ada pengajaran yang diterima
ada muhasabah yang dibawa

Halangan...
Halangan yang membuatkan diri putus asa
rintangan yang melelahkan jiwa
tercantas segala gerak kerja
terhenti segala perancangan di benak minda

Kerja yang perlu disiapkan terhalang dengan kerosakan pc.
Apa-apa pun itu bukan alasan untuk tidak menyiapkan 'assignment' yang diterima...
Alternatif; siapkan kerja di kafe siber

Semangat untuk 'study' tergendala bila banyak benda yang dirancang tidak berlaku seperti dalam perancangan
Kusut dan serabut memikir cara untuk mengatasi masalah
Sudahnya segala nota-nota dibiarkan tersadai begitu sahaja;(



Mungkin itu hanya masalah kecil bagi kamu semua,tapi mungkin ia masalah besar bagi saya. Bila pc rosak, dengan assignment yang perlu dihantar lagi. Nak-nak bila benda yang kita dah buat tu ada dalam pc.Haru jadinya.Kena la buat semua balik.. Mungkin itu ujian dari ALLAH untuk saya.

Bila pc dah ok. Punyalah semangat saya nak study dan nak siapkan semua kerja. Alih-alih nak download software pun memakan masa yang begitu lama. Dengan masalah itulah, inilah.Sampai kena minta tolong kawan guna team viewer lagi tu ha. Akhirnya, kerja tak siap..study pun tidak..=<

Malam tadi ada usrah.Kami revise balik tafsir surah Al-Falaq. Antara pengajaran yang boleh diambil ialah setiap perkara kebaikan yang kita nak buat tu pasti ada halangannya. Tapi kita jangan sesekali putus asa.Sebab apa-apa yang ALLAH kurniakan untuk kita tu sama ada baik atau buruk. Itu adalah yang terbaik buat kita pada masa tu.

Kata-kata itu membuatkan saya berfikir sejenak. Memang sesuai sangat pengajaran tu dengan situasi yang saya alami beberapa hari ni. Bezanya,saya ni macam cepat putus asa je. Ye la..ada problem sikit je..tapi dah rasa down..mulalah rasa tak nak buat dah..Terukkan?

Pagi ni pula, dari DMU seawal jam 8 pagi dah kena bergegas untuk balik ke SKKU sebab ada kelas Advanced Engineering Mathematics pada pukul 9 pagi. Sayang je rasa nak tinggalkan liqa pagi tadi. Tapi kelas pun kena pergi jugak kan...Yang tak bestnya, bila dah sampai dengan nafas tak teratur lagi berlari-lari anak tadi, lecturer cakap kelas dibatalkan.Huwaaa....Saya tak tahu nak ketawa gembira atau nak menangis sedih masa tu. Kalau orang lain tentu sahaja suka bila tahu kelas dibatalkan. Saya? Rasanya saya nak menangis masa tu. Mana taknya..penat tau berkejar dari DMU ke SKKU. Berlari dari SKKU subway station ke Engineering Building yang boleh la tahan jauhnya tu. Tup-tup kelas batal!Senyum tanpa garis je la yang saya hadiahkan kat prof tadi. Sabor je la...

Inilah halangan namanya. Lagi baik kalau saya tak datang je terus kelas pagi ni kan? Stay je kat DMU..dapat dengar liqa' dan dapat join program Minggu 1 Malaysia hari ni. Tapi berkalau-kalau tu amalan syaitan. Syaitan ni saja je nak hasut supaya kita ragu-ragu dengan ketetapan yang ALLAH dah tetapkan untuk kita. Ada la hikmahnya saya tak dapat join tu kan...Yang penting kita tak boleh cepat mengalah dan berputus asa bila ada halangan yang datang.

No comments: