Assalamu'alaikum wbt...
Semalam semasa habis kelas 글쓰기 kami dapat berita yang menyedihkan.Kak Naziha dah meninggal..ㅠ.ㅠ
Sememangnya pada setiap hari Rabu jadual saya penuh dari pagi hingga petang..Kiranya x dapat la nak online.Krun yang free tengah hari tu dapat berita ni dari PPMK..Semua orang terkejut dengan berita sedih ni.Sebabnya sebelum ni kami dapat tahu Kak Ziha dah stabil.Baru berura-ura nak pergi lawat bila balik Malaysia nanti.
Al-Fatihah buat Kak Ziha dan takziah buat keluarga Allahyarhamah.Semoga mereka tabah.Sama-samalah kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.Insya-ALLAH
Malam tadi setiap universiti mengadakan solat jenazah ghaib dan bacaan yassin.
Kematian adalah sesuatu yang pasti.Perkara ini membuatkan saya berfikir sejenak...Cukupkah amalan saya selama ini?Bersediakah saya?Sungguh saya amat menginsafi diri.Ajal,maut...bila-bila masa je boleh berlaku.Jadi persiapan diri kita ke arah itu amat penting.Insya-ALLAH sama-samalah kita persiapkan diri.
Kesibukan kadang-kadang membuatkan kita lalai dan leka.Saya pun bila dah sibuk menyiapkan assignment tu,solat pun dilambat-lambatkan..Astaghfirullah hal 'azim..betapa penyesalan hadir tak sudah dalam diri.Kesal dengan kelekaan diri sendiri.Padahal ALLAH tak pernah pun melupakan saya.Saya senang-senang je melupakan DIA.
'Kekasih' saya sentiasa mengingati saya.Tapi saya?Tegarkah saya melupakan DIA?Kejam sungguh saya kan?Dah ada yang sentiasa menjaga saya,tapi saya buat tidak peduli..huhu..
Padahal saya ni bila-bila masa je akan dijemput-NYA.Apa bekal yang saya nak bawak?Cukupkah amalan saya selama ini?YA ALLAH..KAU ampunilah dosa hamba-MU yang lemah ini.Bukakanlah pintu hati-KU dan tetapkanlah hatiku untuk beribadah pada-MU,YA ALLAH.Hidup dan matikanlah aku dalam iman YA ALLAH...
Insya-ALLAH sama-samalah kita muhasabah dan perbaiki diri.Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dan bagus dari hari ini.Insya-ALLAH..Peringatan untuk diri sendiri dan semua...
No comments:
Post a Comment