Sunday, December 5, 2010

Say Goodbye 1431 and Welcome 1432

Assalamu'alaikum wbt.
Cepat sungguh masa berlalu. Dalam kita tidak sedar, kita tinggal 2 hari je lagi untuk kita melangkah ke tahun baru. 2 hari lagi? Apa pulak! Hari ni baru 5 Disember la. Ada lagi 26 hari kot nak masuk tahun 2011. Mungkin akan ada yang cakap macam tu kan. Ye betul. Untuk melangkah ke tahun 2011 kita masih perlu melalui 26 hari lagi. Insya-ALLAH kalau diizinkan ALLAH kita akan berjumpa dengan tahun 2011.

Itu tahun Masihi. Bagi tahun Hijrah, 7 Disember 2010 bersamaan dengan 1 Muharam 1432H. Tahun baru omputeh ingat ek? Tahun baru Islam pun kena la ingat jugak...Esok 6 Disember 2010 merupakan hari terakhir tahun 1431H.
Jom esok kita sama-sama baca doa akhir dan awal tahun. Moga-moga setahun kita yang berlalu ini diberkati ALLAH dan setahun yang mendatang juga kita akan sentiasa di dalam redha ALLAH. Insya-ALLAH...

Ini doa akhir tahun. Dibaca selepas waktu asar pada hari terakhir bulan Zulhijjah sebanyak 3 kali. Sesiapa yang membaca doa akhir tahun, syaitan akan cakap, sia-sialah kerja aku menggoda kau selama setahun ni.


Ini pula doa awal tahun. Dibaca selepas Maghrib pada malam pertama bulan Muharam sebanyak 3 kali.Sesiapa yang baca doa awal tahun,insya-ALLAH,ALLAH akan memelihara dia daripada godaan syaitan sepanjang setahun itu.


Esok hari terakhir bulan Zulhijjah.Selepas solat Asar, baca doa akhir tahun dan selepas solat Maghrib baca doa awal tahun. Jom-jom kita baca sama-sama...Esok hari Isnin kan? Apa kata kita puasa sekali esok. Sebagai tanda ucapan selamat tinggal 1431H dan meraikan kedatangan 1432H...Insya-ALLAH...

3 comments:

kipem19 said...

terima kasih ingatkan!^^

nunama said...

Salam Maal Hijrah. :)
Semoga kita semua dapat mengambil iktibar tentang perjuangan Nabi dan para sahabat berhijrah ke Madinah. Banyak kebaikan dan hikmah dariNya. hehe

Nadzipah said...

nad: sama-sama kasih(^_*)

nunama: Salam Maal Hijrah^^
Insya-ALLAH...semoga kita dapat ambil
iktibar daripada kisah hijrah Rasulullah
dan para sahabat..berhijrah ke arah
kebaikan..