Saturday, March 19, 2011

Peringatan Dari-KU Buat Kamu


Assalamu'alaikum wbt.

Seminggu ini di mana-mana sahaja akan kedengaran isu yang sama. Tidak kira di mana sahaja kita berada. Topik perbualan mesti hampir-hampir sama. Apa dia? Gempa bumi di Jepun yang mencecah 8.9 scala Richter. Tsunami di Jepun yang khabarnya kelajuannya melebihi 700km/h. Letupan loji nuklear di Jepun yang membahayakan manusia. Kesan letupan loji nuklear yang telah mencemarkan ruang udara Korea Selatan, Rusia, China dan Amerika Syakirakat.

Hampir sama kan isu dan topik perbualan kita seminggu ni? Semuanya berkisarkan musibah yang melanda negara Jepun. Lantas apa yang terlintas di benak pemikiran kita saat mendengar,terdengar atau mengetahui musibah yang melanda negara matahari terbit ini? Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada-MU Ya ALLAH..Aku tidak terkena gempa bumi. Aku tidak berada di tempat berlakunya tsunami. Aku bebas dari kawasan pencemaran udara akibat daripada letupan nuklear.

Mungkin itu yang kita fikirkan bukan? Jangan risau. Rasanya bukan awak, kamu atau dia yang fikir begitu. Insya-ALLAH semua orang yang tidak menghadapi musibah ini akan terlintas atau terfikir begitu. Maafkan saya jika saya tersalah ye. Malah saya juga berfikir sedemikian. Rasa bersyukur sangat-sangat kerana terhindar daripada calamity yang melanda bumi samurai. Walaupun saya hanya berada di bumi sonata yang bersebelahan dengan bumi sakura itu.
Alhamdulillah..terima kasih Ya ALLAH...

Namun...dalam kita tidak sedar..ada sesuatu yang ALLAH mahu kita fikirkan. Memang kita tidak mengalami musibah. Memang kita terhidar dari bahaya. Memang betul. Tetapi adakah kita masih boleh bersuka ria seadanya di saat teman-teman kita, sahabat-sahibah kita, sanak saudara kita ditimpa bencana di Jepun sana? Kalaupun tiada talian darah namun kita terikat dengan tali persaudaraan agama; Islam.

Musibah yang melanda itu merupakan peringatan dari Yang Di Atas Sana buat kita semua. Bahkan ALLAH terlebih dahulu menggambarkan kepada kita berkenaan gempa bumi ini di dalam Al-Quran. Surah Al-Zilzal atau Al-Zalzalah (99,1-8) menceritakan tentang bumi bergoncang dengan dahsyat sekali. Tahukan apa maksudnya itu? Itu gambaran akhirat. Jika gempa bumi di Jepun 8.9 scala Richter ini telah mengorbankan berpuluh-puluh ribu nyawa, merosakan semua insfrastruktur dan sistem perhubungan. Cuba bayangkan bagaimana suasana pada hari akhirat nanti?

Jika pada zaman Rasulullah dulu, baginda ada bersabda yang jarak zaman itu dengan hari kiamat ialah seperti jarak dua jari. Bagaimana pula dengan sekarang? Subhanallah..Masya-ALLAH. Gerun mendengarnya.

Adakah kita masih punya masa untuk bersuka ria? Bergelak ketawa di saat-saat seperti ini? Peringatan ini didatangkan oleh-NYA kerana DIA masih sayangkan kita. DIA masih mahu kita kembali kepada-NYA. Kembali mendekati-NYA. Bagaimana pula dengan kita? Masihkah ingin menjauh dari insan yang menyayangi kita sepenuh hati? Masihkan ingin memencilkan diri? Masihkah ingin membenci?

Peringatan ini AKU tujukan untukmu manusia
Agar engkau tersedar dari panjangnya lena
Peringatan ini dari-KU buat kamu semua
Agar kamu bangkit semula
Peringatan ini tanda sayang-KU padamu
Tanda AKU kekasihmu yang satu
Andai engkau mengambil cakna
Ayuhlah bangkit dari lena
Andai engkau mengambil iktibar dari peringatan Yang Esa
Ayuhlah kembali menyayangi dan mendekati-NYA
Andai engkau mahu menghindari mala petaka
Ayuhlah sujud menyembah-NYA...


No comments: