Thursday, December 9, 2010

Ujian


Assalamu'alaikum wbt.

Ujian. Apabila sebut tentang ujian, ada 2 benda yang terlintas di fikiran saya. Pertama peperiksaan dan kedua rintangan atau halangan.

Sekarang ni pun musim peperiksaan. Suatu ujian buat semua pelajar untuk mengetahui adakah apa yang mereka pelajari selama ini dapat dihadam dan difahami atau perlu diulang kembali. Luluskah? Gagalkah?

Setiap apa yang kita lalui dalam hidup ini adalah ujian buat kita sebenarnya. Sama ada orang kaya, miskin, pandai,tak pandai, pekerja, pelajar, suami,isteri, anak....Setiap orang ada ujiannya yang tersendiri. Orang kaya diuji dengan harta kekayaannya. Orang miskin diuji dengan kekurangan hartanya. Orang pandai diuji dengan ilmu yang dimilikinya. Orang yang kurang pandai diuji dengan kelemahannya itu.

Ada yang diuji dengan keretakan hubungan kekeluargaan, kehilangan orang yang tersayang dan macam-macam lagi. Kematian itu sesuatu yang pasti. Namun, kehilangan orang yang kita sayang begitu menyakitkan.

Takziah buat rakan saya, Hafizah yang baru kehilangan ayahanda tercinta malam tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin...Al-Fatihah...

Kadang-kadang ALLAH mendatangkan ujian kepada kita supaya kita lebih mendekati diri-NYA. Adakalanya ujian itu untuk menguji keimanan kita. Insya-ALLAH setiap ujian yang menimpa, kita mampu menghadapinya. ALLAH tidak akan memberikan kita sesuatu yang tidak dapat kita hadapi. DIA tahu dan kenal hamba-hamba-NYA.
Saat ujian melanda diri, bacalah surat cinta yang DIA titipkan buat kita semua. Insya-ALLAH,our compilation love letter will calm us.Ini peringatan buat diri sendiri jugak. Sebab setiap masa,setiap ketika...kita akan sentiasa diuji...

Kenapa kita diuji?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman",dan mereka tidak diuji?Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta"
~Al-'Ankabut,29:2-3~

Beratnya ujian-MU Ya ALLAH. Mengapa seberat ini?

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."~Al-Baqarah,2:286~

Bagaimana hendak menghadapi ujian ini?

"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu beruntung."~Ali-Imran,2:200~

Kepada siapa hendak berharap?

"..."Cukuplah ALLAH bagiku;tidak ada tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakal, dan DIA adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung."~At-Taubah,9:129~

Nak mintak tolong kat sapa?

"Dan mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."~Al-Baqarah,2:45~

Saya dah tak tahan lagi dengan ujian ni~~~~포기할까?

"...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat ALLAH,hanyalah orang-orang yang kafir."~Yusuf,12:87~

Sedih...kecewa....huhu

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."~Ali-Imran,3:139~

Kenapa saya tak dapat apa yang saya nak?

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahu."~Al-Baqarah,2:216~

Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya.

"Verily after each diffuculty there's a relief."~Al-Insyirah,94:6~

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."-Al-Insyirah,94:5-6~


Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang. Insya-ALLAH. Ujian tu tanda ALLAH sayang kat kita..Insya-ALLAH...

Monday, December 6, 2010

Hijrah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Assalamu'alaikum wbt..

Biasa kita akan dengar lagu Satu Muharam setiap kali Maal Hijrah menjelma. Terngiang-ngiang lagu ini di telinga saya pagi tadi sepanjang perjalanan ke kelas. Sambil melangkah, sambil mulut melagukan Satu Muharam diiringi oleh bayu sejuk yang membelai-belai batang tubuh saya. Menggigil-gigil dibelai dek angin sejuk. Pokok-pokok yang sudah hampir botak jugak seolah-olah memainkan irama dan menjadi latar muzik. haha..jiwang betul saya pagi tadi...

Lirik lagu ini jika diamati betul-betul, banyak yang dapat diambil sebagai pengajaran. Bulan Muharam merupakan bulan pertama mengikut kalendar Hijrah. Bulan di mana Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah. Rasulullah berhijrah untuk sebarkan syiar Islam dan kesan daripada hijrah itu juga penduduk di Madinah kembali berbaik-baik serta orang Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan. Kaum Muhajirin dengan rela hati meninggalkan segala harta benda mereka untuk berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Rasulullah.Matlamat mereka cuma satu;menegakkan agama Islam. Betapa mereka tidak menghiraukan nyawa, keselamatan, harta dan keluarga. Semuanya ditinggalkan.

Cuba bayangkan. Kita sudah selesa hidup di sini. Ada rumah,kereta, keluarga. Kemudian kita diarahkan berpindah ke sana. Di sana kita perlu bermula dari kosong. Kita perlu tinggalkan apa yang kita ada di sini dan pergi ke sana yang tidak punya apa-apa. Sanggupkah kita? Relakah kita? Namun para sahabat dengan rela hati meninggalkan segala kemewahan di Mekah dengan berhijrah ke Madinah bagi menegakkan Islam. Betapa murninya perbuatan mereka.

Asal tiba Muharam je hijrah. Asal hijrah je Muharam. Kat masjid-masjid, sekolah-sekolah, etc semua cerita pasal peristiwa hijrah Rasulullah. Masuk je bulan Safar. Perihal hijrah itu ditinggalkan. Itukah makna hijrah yang sebenarnya? Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah. Kita pun kena la berhijrah jugak. Bukan bermakna kita kena berhijrah dari Seoul ke Suwon ek. Tapi hijrah dari tak baik kepada baik. Hijrah dari baik kepada lebih baik.

Things are easier said than done,right? Yeah...change for good ain't a crime though.

Buka hati,sematkan dalam hati,aku nak berubah. Aku nak terima kebaikan. Saya pun sedang berusaha untuk berubah. Berubah menjadi baik dan lebih baik. Masih banyak lagi karat-karat jahiliyah yang terpalit dalam diri. Insya-ALLAH, jika kita ingin berubah, ALLAH akan membantu kita.

Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan hamba-MU ini. Bukakanlah pintu hatiku seluas-luasnya untuk menerima kebaikan. Ampunilah segala dosaku yang telah lalu. Aku pohon pada-MU,Ya Rahman. Mohon dengan sangat.

Sahabat-sahabat yang saya kasihi,tegurlah diri ini andai ada salah dan silap. Bimbinglah diri ini. Pandulah diri ini ke jalan kebenaran.

Perubahan takkan terjadi hanya dengan azam. Niat perlu disertai dengan perbuatan. Insya-ALLAH,sama-samalah kita berusaha untuk berubah. Berhijrah dari samar jahiliyah kepada sinaran akidah. Insya-ALLAH...Sempena bulan Muharam ini, marilah kita hayati hijrah Rasulullah dan para sahabat. Di samping kita juga berhijrah menjadi baik dan lebih baik. It's better late than never. But then, jika esok nyawa kita diambil, adakah penangguhan itu bermakna?




Sunday, December 5, 2010

Say Goodbye 1431 and Welcome 1432

Assalamu'alaikum wbt.
Cepat sungguh masa berlalu. Dalam kita tidak sedar, kita tinggal 2 hari je lagi untuk kita melangkah ke tahun baru. 2 hari lagi? Apa pulak! Hari ni baru 5 Disember la. Ada lagi 26 hari kot nak masuk tahun 2011. Mungkin akan ada yang cakap macam tu kan. Ye betul. Untuk melangkah ke tahun 2011 kita masih perlu melalui 26 hari lagi. Insya-ALLAH kalau diizinkan ALLAH kita akan berjumpa dengan tahun 2011.

Itu tahun Masihi. Bagi tahun Hijrah, 7 Disember 2010 bersamaan dengan 1 Muharam 1432H. Tahun baru omputeh ingat ek? Tahun baru Islam pun kena la ingat jugak...Esok 6 Disember 2010 merupakan hari terakhir tahun 1431H.
Jom esok kita sama-sama baca doa akhir dan awal tahun. Moga-moga setahun kita yang berlalu ini diberkati ALLAH dan setahun yang mendatang juga kita akan sentiasa di dalam redha ALLAH. Insya-ALLAH...

Ini doa akhir tahun. Dibaca selepas waktu asar pada hari terakhir bulan Zulhijjah sebanyak 3 kali. Sesiapa yang membaca doa akhir tahun, syaitan akan cakap, sia-sialah kerja aku menggoda kau selama setahun ni.


Ini pula doa awal tahun. Dibaca selepas Maghrib pada malam pertama bulan Muharam sebanyak 3 kali.Sesiapa yang baca doa awal tahun,insya-ALLAH,ALLAH akan memelihara dia daripada godaan syaitan sepanjang setahun itu.


Esok hari terakhir bulan Zulhijjah.Selepas solat Asar, baca doa akhir tahun dan selepas solat Maghrib baca doa awal tahun. Jom-jom kita baca sama-sama...Esok hari Isnin kan? Apa kata kita puasa sekali esok. Sebagai tanda ucapan selamat tinggal 1431H dan meraikan kedatangan 1432H...Insya-ALLAH...

Wednesday, December 1, 2010

Cinta Si Rama-rama


Assalamu'alaikum wbt.

Rajin pulak nak update blog hari-hari. Haila~Takpe la kan? Pagi tadi saya dapat update dari Langit Ilahi. Entry terbaru Langit Ilahi tajuknya Terbang Mencari Cinta. Wah...macam menarik je. Bila bukak website Langit Ilahi, owh...sajak rupanya. Saya ni jarang nak baca sajak. Sebabnya kadang-kadang saya tak berapa nak faham apa yang penulis nak sampaikan daripada sajak tu. Tapi sebab saya dah tertarik menarik dengan tajuk sajak tu, saya pun bacalah sajak Terbang Mencari Cinta tu.

Bila dah baca terasa macam nak jadi rama-rama la pulak.ekekeke....Takdela.Terbang Mencari Cinta ni dari apa yang saya faham ialah mengenai seorang hamba yang mengejar cinta Ilahi dan mencari cinta kekasih hati dalam masa yang sama mungkin.Dia mengharapkan agar dia mendapat cinta Ilahi dan cinta kekasih hati tu. Namun jika dia tidak mendapat cinta kekasih hati pun,dia masih mendapat cinta Ilahi. Itu je la yang boleh saya ulas tentang Terbang Mencari Cinta ni. Betul ke tak tu kena tanya Hilal la.

Saya tertarik dengan isi sajak tu. Baru je 2 minggu yang lepas kami membincangkan tentang hal ini. Ada la kawan saya ni, dia agak frust bila dia tahu orang yang dia admire dah berpunya rupanya. Selama ni dia tak tahu tentang tu. Then bila cakap-cakap kami pujuk la dia. Jangan la sedih-sedih. Mungkin orang tu bukan untuk kawan saya ni.

Ada la akak senior yang cakap, sepatutnya cinta yang perlu kita kejar ialah cinta Ilahi. Kita usahakan untuk mendapatkan cinta ALLAH terlebih dahulu. Mungkin dalam masa kita mengejar cinta Ilahi tu kita akan mendapat cinta manusia. Kita tak tahu kan tentang itu. Macam mana pun kita buat, jika ALLAH tak mahu benda itu terjadi, ia takkan terjadi jugak.

Akak senior tu cakap lagi, kan ada hadis yang membincangkan tentang hal ni.
"Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafs, Umar Al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi SAW bersabda,"Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan rasul-NYA maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada ALLAH dan rasul-NYA. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ya betul, hadis ini tentang niat. Tapi kalau niat kita nak mendapatkan cinta manusia je, kita hanya akan dapat cinta manusia itu sahaja. Namun,jika kita niat untuk mencari dan mendapatkan cinta Ilahi, kita akan dapat cinta Ilahi dan dalam masa yang sama ALLAH berikan kita nikmat cinta manusia. Insya-ALLAH.

Mana yang kita nak? Cinta manusia sahaja ataupun cinta ALLAH dan cinta manusia? Kalau saya, saya nak dua-dua. Semua orang nak dua-dua kan? Jadi marilah kita berusaha untuk mengejar cinta ALLAH dahulu sebelum mengejar cinta manusia.

Macam dalam sajak Hilal tu. Si rama-rama terbang setinggi yang boleh untuk menggapai cinta-NYA dan dia mendapat cintanya. Cinta si rama-rama yang mengejar cinta-NYA dan mendapat cintanya di dalam perjalaanan mendapatkan cinta-NYA. Untungkan? Dua-dua kita dapat. Insya-ALLAH...Namun jangan kecewa jika kita tidak mendapat cinta manusiawi kerana yang pasti kita sudah mendapat cinta Ilahi. Itu yang paling penting.

sabarlah menunggu
janji ALLAH kan pasti
hadir tuk mendatang
menjemput hatimu

sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati

bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menanti
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menunggu

ALLAH sentiasa ingat pada kita. Cumanya kita je yang kadang-kadang melupakan kehadiran-NYA.

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."-Qaf,50:16-

Subhanallah...Urat leher kita tu memang sudah dekat dengan kita. Tetapi ALLAH itu lebih dekat lagi. Lalainya aku Ya ALLAH. Maafkanlah hamba-MU ini Ya ALLAH.

Tuesday, November 30, 2010

Belajar Bersyukur


Assalamu'alaikum wbt.

"Apa khabar semua?" Itu pertanyaan yang biasa kita dengar kan? Hari ini saya nak ubah sikit pertanyaan tu.Saya nak tanya mamca ni,"Apa khabar iman kita hari ini? "

'Erk? Apa kes tanya pasal iman pulak ni? Mana nak tahu iman sihat ke tak.' Mungkin akan ada yang cakap macam ni kan?

Sepatutnya kita bersyukur dan berterima kasih kepada orang yang bertanyakan khabar iman kita itu. 'Asal lak nak kena terima kasih segala kat dia? Nak perli aku lah tu.'Berterima kasih kepada si penanya khabar kerana dia prihatin tentang kita.Saya yakin tiada sekelumit pun rasa ingin memerli anda di sebalik pertanyaan khabarnya itu.

Alhamdulillah, di kala kita kelekaan ada sahabat yang mengambil berat tentang naik turun iman kita. Syukur padamu Ya ALLAH,KAU utuskan sahabatku ini untuk mengingatkan aku kepada-MU.

Itu satu bahagian daripada syukur. Sebenarnya saya nak bercakap tentang syukur hari ini. Topik iman itu nanti kita akan bincangkan kemudian ya, insya-ALLAH.

Jika ada antara pembaca Segalanya Untuk-MU ini mempunyai Y!M ataupun facebook saya. Tentu kamu semua perasan status saya sehari dua ni kan? (ececeh...gaya cakap macam ramai sangat la yang baca blog ni dan menjadi kawan saya kat Y!M ataupun facebook...perasan la awak cik writer...huhu..)

"Lihat pada apa yang ada barulah kita BERSYUKUR, jangan dikenang pada yang tiada nanti kita KUFUR"

"Belajar bersyukur"

Cuba lihat pada diri kita sendiri. Berapa banyak nikmat yang ALLAH berikan kepada kita?
Nikmat penglihatan,nikmat pendengaran, nikmat deria rasa,deria hidu, nikmat tangan,nikmat kaki, nikmat akal, nikmat kesihatan, nikmat dapat belajar,nikmat kepandaian, nikmat dapat biasiswa,nikmat ada kawan-kawan,nikmat keimanan, nikmat islam, nikmat hidup, nikmat dapat makan, nikmat dapat rasa panahan matahari, nikmat....banyaknya...sampaikan tak terhitung.

Tengok, itu baru nikmat yang terdapat pada diri kita sendiri. Belum lagi nikmat-nikmat lain. Nikmat malam dan siang, nikmat tumbuh-tumbuhan, nikmat binatang...tak tersenarai nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita semua.

"Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh ALLAH benar-benar Maha Pengampun,Maha Penyayang."-An-Nahl,16:18-

Selama ini adakah kita bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan kepada kita? Adakah kita masih merungut seandainya kita tidak mendapat nikmat tersebut sedangkan orang lain dapat? Renungkanlah teman-teman. Nikmat yang ditarik itu amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan nikmat yang diberi. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Belajarlah bersyukur.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya AKU akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-KU),maka pasti azab-KU sangat berat.""-Ibrahim,14:7-


Itu janji ALLAH. makin kita bersyukur,makin banyak nikmat yang DIA akan berikan kepada kita. Makin kita kufur,makin banyak nikmat yang mungkin akan ditarik daripada kita. Pilihlah hendak yang mana. Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.


Sunday, November 28, 2010

Percaturan Dunia dan Akhirat

Assalamu'alaikum wbt.

Saya nak tanya la kan, pernah tak korang terlewat pergi kelas? Terlewat masuk dewan kuliah? Masuk-masuk je lecturer dah start bercakap kat depan. Saya pernah pergi lewat ke kelas dan terlewat masuk dewan kuliah. huhu..

Punya la speed 140km/h sebab nak kejar masa. Alih-alih bukak je pintu kelas tu, lecturer tengah cakap-cakap dah. Buat tak tau je la kawan-kawan sekelas tengok...apa orang kata, buat bodoh je..macam takde pape yang berlaku. Dah selesa duduk, concentrate kat apa yang lecturer tengah cakap,tiba-tiba lecturer pandang kat saya..then dia cakap, " Oh,so you are here now Nadzipah." Siap angkat-angkat kening dan senyum semacam lagi tu. Oh my God...malu-malu..rasa macam time tu nak je sorok muka kat mana-mana..takpun nak je invisible kejap. Dok la fikir, asal la aku ni takde kuasa macam invisibleman tu ha..boleh je lesap bila keadaan mendesak macam sekarang ni. Haish..fikir macam-macam...

Apa yang mampu saya buat time tu hanyalah tayang muka tak bersalah dan tersengih je. Dah nak kata apa lagi? Dah trang tang tang saya datang lewat kan. Patut la kena perli macam tu pun.huhu..Tahu pulak malu.Tapi yang masuk lewat tu sapa suruh? Berani buat berani la tanggung ye tak? huhu...

Lepas je cakap macam tu,terus lecturer pergi ambil kertas kedatangan dan tanda. Confirm-confirm la markah kehadiran saya kena tolak. huhu..tu la..buat lagi..kat universiti saya ni, kalau lewat 3 kali dikira tak datang dah. Habis la.......

Sebenarnya ada kisah di sebalik kelewatan saya tu. Tengah-tengah siap nak pergi kelas, roomate saya cakap, "Asar pukul 3, kelas pun pukul 3 jugak. Macam mana ni? Nak solat dulu ke....nak pergi kelas dulu...tapi kelas habis pukul 6. Maghrib dah masuk dah pun. Jawabnya kena keluar la kejap nak solat Asar nanti."

Saya yang tengah bersiap tu terhenti kejap. Terus pergi depan pc dan check waktu solat. A'ah la..Asar pukul 3, Maghrib lak pkl 5.20. Kelas habis pukul 6. Saya pun cakap kat roomate,"A'ah la..Asar pukul 3..kelas pun pkl 3. Nak 지각(lewat) Asar ke nak 지각(lewat) pergi kelas?"

Roomate senyap je..Saya pun senyap jugak..Tengah fikir. "Kita solat Asar dulu la." Serentak dua-dua cakap. Kemudian masing-masing tersenyum.

"Takpe la kena potong markah sebab 지각 pun. Sama je kan? Lewat pergi kelas markah kena potong. Lewat solat Asar pun, markah kena potong gak." Roomate angguk je bila saya cakap macam tu. Dengar je bunyi azan dari pc masing-masing, kami pun solat Asar berjemaah.

Selesai je solat, terus dua-dua ambik beg dan keluar. Berlari-lari jugak la kami waktu tu. Kelas pulak agak jauh dari hostel, memang la masing-masing pecut 140km/h. Haila...sapa suh cari pasal solat dulu tadi? Saya terfikir macam tu. Lepas tu bila fikir balik, takpe-takpe, ni 지각 dunia je..지각 akhirat lagi teruk.huhu...Sampai -sampai je kat kelas kena perli pulak dengan lecturer. Haila...buat taktau dah la...

Balik dari kelas hari tu, saya dok fikir sorang-sorang. Kenapa bila lewat pergi kelas saya rasa semacam je? Kenapa bila saya lewat solat saya tak rasa apa-apa pun? Tengok la tadi. Punya la gelabah, risau, takut, cuak, malu taktau nak letak muka kat mana dah bila kena perli dengan lecturer. Tapi kenapa bila bunyi azan, saya still dok relaks-relaks lagi, boleh lagi layan berblog walking, siapkan assingment, borak-borak dengan kawan..Setengah jam lewat pun tak rasa pape lagi.Tapi bila lewat pergi kelas 10 minit pun dah rasa gelabah habis.

Ini rupanya percaturan dunia dan akhirat. Kita lagi malu dengan manusia daripada malu dengan ALLAH. Bila fikir balik, saya kena tolak 1 markah je bila lewat pergi kelas. Tapi entah berapa la markah yang saya kena tolak bila sengaja lewat-lewatkan solat.huhu..Kalau dah setengah jam masuk waktu baru nak solat, berapa markah yang dah ditolak? Lepas tu, waktu solat tu pulak, kalau tak betul-betul khusyuk ke apa ke..lagi la banyak markah kena tolak kan?huhu...
Bila fikir macam tu, saya terfikir, ada lagi yang tak kena pada diri saya ni. Kena betulkan. Tak boleh dah sengaja lewat-lewatkan solat lepas ni..Kita bukan nak hidup di dunia je. Kita ada kehidupan lagi di akhirat nanti. Apa bekal kita nanti? Takkan nak bawa markah yang hanya tinggal berapa je ni ke akhirat nanti? Kena lebih alert lagi lepas ni ni. Takleh dah buat macam ni. Itu yang saya sematkan di hati. Moga lepas ni saya akan lebih alert tentang hal-hal macam ni. Insya-ALLAH..Terima kasih Ya ALLAH,KAU berikan peluang untuk diri ini berfikir dan bermuhasabah dengan kejadian yang berlaku.

Thursday, November 25, 2010

Masih tidak layak

Assalamu'alaikum wbt..

Apa khabar semua? Bumi sonata masih di penghujung musim luruh. Tetapi sejuknya macam dah masuk winter. Masa ni la senang nak dapat selesama, batuk-batuk..So, kena jaga kesihatan.Cik Nisaa semoga cepat sihat ye.^^

Semalam saya ada terbaca satu artikel dekat iluvislam.com.Tajuk dia 'Teman Hidup Ketika Belajar'. hohoho..baca tajuk pun dah menarik kan?Tu yang tertarik nak membaca tu.agaga^^

Memang betul apa yang penulis tu cakap. Biasa la,remaja kan.Bab-bab kawin,couple ni memang topik famous la. Saya dan kawan-kawan pun tak terkecuali sebenarnya. Dengar orang bertunang, diri pun rasa nak jugak bertunang. Bila dengar orang nak kawin.Mula la berangan,bila la aku nak kawin. Takde orang nak datang ke?hoho...fikir macam-macam..

Saya amat tertarik dan terkesan sekali dengan kata-kata ni.

"Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?

Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi

Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 30 juzuk Al-Quran di dada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.

Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?

Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya."

Amacam?Ada tersentuh tak?Ada rasa tak layak nak kawin tak?Kalau saya,memang saya rasa macam tu. Tak usahlah nak berangan nak kawin,jika diri masih kurang serba-serbi. Bila baca ni,saya terfikir sendiri.Patutlah...aku ni tak layak lagi nak kawin rupanya. Quran 30 juzuk di dada? Juzuk 30 pun tak lepas. Inikan pula nak bangun qiam malam-malam. Nak bangun subuh pun liat. Memang diri termuhasabah dengan sendiri. Terasa begitu kerdil diri ini. Ya ALLAH...betapa lemahnya hamba-MU ini. Betapa aku tidak melaksanakan amanat-MU dengan bersungguh-sungguh.Insaf...

Kesimpulannya..saya masih tidak layak untuk itu. Kena persiapkan diri dulu ni. Diri sendiri kena betul-betul sedia barulah boleh sediakan orang lain kan? Macam mana nak lahirkan anak seperti Imam Syafie jika ibunya masih lemah dan tidak mampu mendidik anaknya sebegitu rupa? Diri sendiri perlu dilengkapkan dengan segala ilmu dulu. Individu muslim pun tak berapa nak cemerlang lagi ni,berangan nak bina baitul muslim pulak. Nak langkah tangga nampak?Amboi-amboi...jangan nak tamak. Tak lulus tak leh naik ye cik kak...

Jom-jom..persiapkan diri menuju hari...........

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini