Sunday, April 24, 2011

143 ALLAH

Assalamu'alaikum wbt.

Sepatutnya sekarang ni saya kena study. Esok ada exam C++ Programming. Namun, mood untuk study itu hilang entah ke mana. Penat saya menjengah ke situ dan ke sini, mencari mood yang hilang...Tak jugak datang-datang...Haish! Alasan! *Sebenarnya memang sengaja tak nak study.Adoi~*

Kelmarin saya mendengar lagu Wahai Kekasih dan membaca kisah yang menunjukkan betapa Rasulullah SAW begitu menyayangi kita; umatnya. Betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada kita sehingga baginda sanggup menyimpan doa yang ALLAH SWT peruntukkan kepada baginda untuk digunakan pada hari akhirat nanti. Doa itu bukan untuk dirinya, tetapi untuk umat-umatnya. Menitis air mata. Jika Rasulullah begitu menyayangi kita, kita perlulah lebih-lebih lagi menyayangi dan mencintainya.

Semalam. Seharian saya asyik ditunjukkan dengan benda yang hampir sama mesejnya. Semuanya berkisarkan tentang cinta. Paginya saya ada membaca satu blog. Tajuknya, "If he’s the right person for me let his iman be the one that I adores.."

Baca tajuk pun dah tahu kan? Memang confirm tentang cinta. Namun cinta itu disandarkan kepada cinta Yang Maha Esa. Iman dan takwa yang dimilikinya yang membuatkan kita mencintai dia. Jika hilang iman dan takwa itu, maka akan hilanglah cinta kita kepadanya.

Kemudian, saya membaca "Cinta di Pasaraya" di laman Iluvislam.com. Cinta lagi? Ye. Bila baca bahagian permulaan, penulis menceritakan tentang kemesraan sepasang suami isteri yang sudah agak berumur. Mereka berjalan sambil berpimpinan tangan. Cukup mesra. Cukup romantis. Saya siap dah boleh bayangkan macam mana keadaan mereka yang berjalan sambil bergurau mesra. Whoa..romantik sangat. *ngee~terlebih imaginasi betul!*

Tapi bukan itu sebenarnya yang ingin penulis sampaikan.Bila dah masuk bahagian kedua. Penulis memperihalkan tentang cinta Ilahi.

"Katakan (Muhammad), "Jika kamu mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang."-Ali Imran,3:31-

Ya! Cinta Ilahi. Cinta ALLAH. Cinta Sang Pencipta adalah cinta yang paling agung dan maha agung.

143 ALLAH...
Semasa susah, kita berdoa kepada ALLAH. Semasa senang juga, kita perlu mengingati ALLAH. ALLAH ada dekat je dengan kita. ALLAH selalu ingat dekat kita. Kita je yang selalu lupa pada DIA.

Saya pun macam tu jugak sebenarnya. Asal rasa susah je, sibuk nak sebut "ALLAH". Asal barang hilang je, sebut "Ya ALLAH, mana pergi benda ni ni..."

Jom! Kita sama-sama bercinta dengan ALLAH.Ramai-ramai bercinta dengan ALLAH pun takpe. Sebabnya takkan ada yang cemburu. Bahkan, rasa keterikatan itu akan lebih bertambahlagi. Insya-ALLAH...

*OK..Mood nak study dah datang balik...Selamat study ye roommate2 ku sekalian. Nak join u all jugak la...^^*

No comments: