Saturday, June 16, 2012

Ada Manis Dalam Pahitnya Pengalaman Itu

Assalamu'alaikum wbt.

16 Jun 2012. Tarikh ini dengan rasminya Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) membuka keahliannya kepada semua warga Malaysia yang berada di Korea Selatan. Sebelum ini PPMK hanya terbuka kepada pelajar tajaan JPA sahaja. Alhamdulillah. Together we unite. Eh.

16 Jun 2012 juga dah tinggalkan banyak kenangan pada saya. Dalam pahit ada manisnya. Alhamdulillah, ALLAH pilih saya untuk lalui semua ini. Err...apa yang dah berlaku sepanjang hari ini?

Huu. Pengalaman yang insya-ALLAH tak akan saya lupakan la.

Pagi tadi, sebelum ke Seoul, turun bawah mahu print kertas, rosak pulak dah printer kat bawah tu. Biasanya budak hostel print kat situ je. Terpaksa la menapak ke bangunan 51 untuk print. On the way nak ke bangunan 51 tu, terserempak dengan Haida kat tengah jalan. Tanyalah dia nak ke mana? Katanya mahu ke bilik exam semalam, tertinggal telefon di situ. Saya cakap la pada dia, "Ni mesti fokus sangat study ni, sampai lupa phone. Insya-ALLAH ada la tu phonenya." Sekuntum senyuman saya berikan pada dia. Harapnya kegusaran dia tu terubat la sikit kan.

Perjalanan ke Seoul diteruskan. Tiada apa-apa yang istimewa. Smooth je perjalanan. Nak naik bas dari Sindorim Station ke DMU pun tak perlu tunggu lama. Terus je naik bas 6640 lepas lintas jalan. Tak ramai pula tu orang dalam bas. Alhamdulillah, dapat la saya duduk. Seat untuk dua orang tu, saya duduk sorang je. Heaven kan? :')

Tiga stesen lepas tu, buka je pintu bas, terus saya tick T-Money dan menonong turun bas. Tadi waktu dalam bas, saya sudah berura-ura untuk call Ayla, mahu tanya dia di mana. Turun je bas, terus la capai telefon dalam poket baju. Eh? Mana telefon? Seingat saya, memang saya letak dalam poket baju. Tak macam selalu, saya suka letak telefon dalam beg. Terus selongkar beg. Kot la waktu dalam subway tadi saya letak telefon dalam beg kan. Selongkar punya selongkar, tak jumpa pun telefon. Bas dah pergi dah.
Huu.

Confirm la telefon tu terjatuh di tempat duduk yang saya duduk dalam bas tadi kan? ALLAH! Tadi baru je bercakap dengan Haida yang tertinggal telefon dia di dewan exam. Sekarang ni, saya pula yang tertinggal telefon di dalam bas! Masa ni, saya tak rasa berdebar-debar sangat. Saya yakin yang saya akan jumpa telefon saya balik. Tak tahu la dari mana datangnya keyakinan itu. Pastilah dari ALLAH kan?

Terus saya bergerak ke dewan perasmian pembukaan PPMK. Sampai sahaja di sana, orang-orang besar sudah mahu bergerak ke dewan makan. Ada BBQ tau. Hadirin juga sudah berpusu-pusu keluar dewan. Sempat lagi bersalaman dengan senior-senior dan junior-junior. Sempat lagi dihulurkan kad jemputan walimah senior. :D

Kemudian, barulah saya sibuk-sibuk tanya mereka, bagaimana mahu pergi ke tempat bas-bas berkumpul. Macam mana mahu dapatkan balik telefon yang tertinggal atas bas. Mereke ceritakan la juga pengalaman mereka yang pernah kehilangan telefon. Tapi, waktu tu telefon biasa la. Smartphone belum pernah ada pengalaman lagi. :'(

Mereka berikan kata-kata harapan pada saya. Insya-ALLAH, saya akan dapat balik telefon saya, kata mereka sambil tersenyum dan mengusap-usap bahu saya. Perlu keep calling la nombor saya tu katanya. Moga-moga ada yang jumpa telefon saya dan pulangkan balik telefon tu.

Saya pinjam telefon Wani dan mulalah mendail nombor sendiri. Sekali dail tidak berangkat, saya masih cool lagi. Namun, apabila berkali-kali mendail masih juga tidak berangkat, saya sudah berdebar-debar semacam. Selama tiga tahun saya pakai Humaira', belum pernah lagi tercicir atau tertinggal Humaira' di mana-mana. Aswad ini, baru nak masuk tiga bulan saya pakai, sudah hilang. Huu. Sudah la minggu depan mahu pulang ke Malaysia. Masak la saya kalau mahu bayar balik harga smartphone ni. Huu.

Penat mendail, saya dapatkan kawan-kawan dan bersembang ala kadar dengan mereka. Tidak mahu memikirkan sangat pasal kehilangan Aswad. Apabila semua sudah mahu bergerak ke tempat BBQ, saya telefon balik. Alhamdulillah, kali ini ada yang menjawab panggilan saya.

Untuk mendapatkan kembali Aswad, saya perlu ke Cheonwang Station. Orang lain bergerak untuk makan, saya pula menongkah arus bergerak keluar mendapatkan kembali bas 6640 ke Cheonwang Station. Sampai sahaja di bus-stop, bas 6640 baru sahaja berlalu. Kena la tunggu 10 minit lagi.

Waktu menunggu bas seterusnya, saya duduk di bangku yang disediakan. Kemudian, ada seorang mak cik duduk di sebelah saya. Anaknya berdiri di sebelah kirinya. Usai je duduk, dia berpaling pada saya dan bertanya, "Tak panas ke pakai macam ni?" Ditunjukkan pada tudung yang saya pakai. "Kenapa awak pakai macam ni ye? Panas-panas ni..."

Saya katakan padanya yang saya Muslim, jadi perlulah pakai tudung. Kemudian dia tanya saya, "Muslim itu apa?"

Saya jawab, "Muslim itu...Islam. Islam itu suatu agama." Mak cik itu nampaknya terangguk-angguk. Anaknya di sebelah mencuitnya. "Mak, tak payah la tanya. Kan mak tahu je Islam tu agama." Itu yang anak mak cik itu cakapkan.

"Biarlah mak nak tanya. Curious tau, nak tahu kenapa orang Islam nak pakai macam tu.." Balas mak cik itu agak tidak berpuas hati dengan teguran anaknya.

Kemudian mak cik itu berpaling kembali pada saya dan bertanya, "Oh...Muhammad kan?"

Saya mengangguk dan mengiyakan. "Muhammad tu manusia kan? Awak, orang Islam ni, sembah manusia la ye?"

Untuk jawapan yang pertama saya katakan, "Ya, Muhammad itu manusia." Saya terus menggeleng untuk soalan yang kedua. "Kami tak sembah Muhammad. Kami sembah ALLAH..."

Tak sempat saya melanjutkan jawapan, mak cik itu bertanya lagi, "ALLAH itu siapa?"

Saya cakap, "ALLAH itu Tuhan yang Maha Pencipta. (알라신 우리 하나님이예요.)"
[신 (baca: Shin) = God]
[하나님 (baca: Hananim) = God, Creator, the Lord, the AlMighty)]

Mak cik tu tanya, "알라가 보일 수 있는 신? 아니면 보일 수 않은 신?" (ALLAH tu, Tuhan yang boleh tengok ke..Tuhan yang tak boleh tengok?)

Saya jawab la, "ALLAH tu Tuhan yang tak boleh tengok."

Mak cik tu tanya lagi, "Habis sekarang ni, ALLAH awak tu, 신 (Tuhan) ke 하나님 (Yang Maha Pencipta)?"

Saya ulang lagi cakap yang ALLAH itu Tuhan yang Maha Pencipta. Mak cik tu tak berpuas hati dengan jawapan saya, dia cakap, "Cuba awak fikir ye. Manusia ni Tuhan (신; Shin) yang cipta. Kalau macam tu, mestilah ada yang cipta Tuhan juga. Awak tak pernah fikir ke ada yang cipta ALLAH tu?"

ALLAH! Saya masa ni, dalam kepala macam-macam ayat dah tersusun, sayangnya, bait-bait kata itu tidak terluah oleh bibir. Hati dan akal saling bertingkah dengan pelbagai jawapan untuk menangkis kata-kata mak cik di sebelah kiri saya ini. Namun, mulut dan lidah bagaikan kelu dan kaku, terus membisu seribu bahasa. Hati saya merintih hiba saat itu.

Mak cik tu sambung lagi, "Itulah dia 하나님; Hananim. Tapi ALLAH awak tu siapa pula yang cipta? ALLAH awak tu Shin tau, bukan Hananim. Agama saya ni barulah Hananim. Awak ini, beza Shin dan Hananim pun awak tak tahu." Saya nampak, anak mak cik itu tidak sudah mencuit dan memujuk ibunya supaya berhenti bersoal jawab dengan saya.

Namun mak cik itu masih tegar memuntahkan berdas-das tembakan soalan pada saya yang nyata terkelu seribu bahasa saat ini. Hanya mata yang terkelip-kelip memandang mak cik tu. Akal memproses segala kata-katanya. Hati membantah keras setiap kata-katanya. Namun tidak terluah dengan kata-kata. ALLAHU ALLAH. Betapa lemahnya saya rasakan saat itu.

"Awak, perlu ke tempat ibadah kami, baca kitab kami, pelajari agama kami. Kemudian, baru awak tahu, apa itu Shin, apa itu Hananim." Saya hanya mampu ukirkan senyuman yang saya rasakan agak hambar dan menganggukkan kepala sedikit pada mak cik itu.

"Awak belajar di mana?" Mak cik itu nampaknya sudah beralih topik. Mungkin perasan yang saya sedari tadi sudah menjadi bisu sambil mata tidak lepas memandang skrin yang memaparkan masa ketibaan bas.

"Sungkyunkwan University." Jawab saya perlahan.

"Awak budak pandai nampaknya. Sungkyunkwan University itu antara universiti yang bagus di Korea ini. Bahasa Korea awak pun agak bagus. Jadi, awak boleh belajar tentang agama kami. Sungkyunkwan University pun berasaskan Confucius kan? Belajarlah tentang kepercayaan itu juga." Mak cik itu menasihati saya panjang lebar.

Saya hanya mampu menganggukkan kepala. "Belajar rajin-rajin ye. Mak cik pergi dulu. Bas dah sampai." Dihulurkan senyuman manis buat saya, lalu dia terus berlalu bersama anaknya menaiki bas.

Saya? Memandang setiap langkah mak cik tersebut sehingga kelibat mereka hilang. Bibir masih kelu. Hati merintih kesedihan. Apabila bas 6640 sampai, terus saya naik. Duduk. Memandang ke luar tingkap sambil hati berbicara. Masih terngiang-ngiang setiap kata-kata mak cik tadi. Bagai terlayar di hadapan mata, reaksi saya yang kaku membeku. Dada terasa sesak dan sebak. Tanpa sedar air mata bergenang. ALLAH, maafkan diri ini yang tidak mampu menjelaskan tentang agama-MU kepada mak cik tadi. Betapa berdosanya diri ini rasakan saat tidak dapat menjawab setiap pertanyaan mak cik itu tadi.

Sungguh, ALLAH mahu tunjukkan pada saya tentang sesuatu. Perlu belajar untuk menjawab hujah-hujah orang seperti mak cik tadi. Mungkin dia sudah tahu tentang Islam, tentang ALLAH. Mungkin dia hanya mahu memprovok saya. Namun, betapa kerdilnya diri ini rasakan apabila tidak mampu menjawab dan menjelaskan setiap provokannya dengan penuh berhikmah. ALLAHU ALLAH.

Sampai sahaja di Cheonwang Station, saya menelefon orang yang menjumpai Aswad. Tidak lama kemudian, kakak itu datang membawakan Aswad pada saya. Alhamdulillah. ALLAH izinkan kakak ini tergerak hati untuk mengambil Aswad dan mengembalikannya kepada saya. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Sewaktu menunggu bas untuk kembali ke DMU, saya ditegur oleh seorang mak cik. Saya tahu mak cik ini orang gereja. Sebabnya dia menyediakan air di laluan pejalan kaki itu dan memberikannya kepada semua yang melalui laluan itu sambil menyebarkan dakyah agamanya. Soalannya masih berkisar tentang tudung yang saya pakai.

"Tak panas ke awak pakai macam tu?" Tegurnya lembut sambil tersenyum dan menghulurkan secawan kopi ais pada saya.

"Panas la jugak. Tapi memang Islam suruh saya pakai macam ni." Begitulah lebih kurang saya jawab pada mak cik tu. Kalau nak kata tak panas, itu tipu la kan?

"Mak cik tahu awak Islam." Mak cik itu senyum lagi. Saya juga hanya tersenyum mendengar jawapannya.

"Awak minta la dengan Tuhan awak supaya dia bagi awak kebebasan. Minta pada dia supaya awak tak perlu lagi pakai tutup-tutup macam tu. Tuhan awak mesti baik kan? Mintalah pada dia. Tuhan kami pun baik jugak. Kami minta je apa-apa yang kami mahu pada dia." Murah sungguh senyuman mak cik ini. Sempat lagi promote agama dia.

Saya cuma tayangkan gigi pada mak cik itu. Nak tergelak sebenarnya. ALLAH suruh orang perempuan tutup aurat sebab DIA memang tahu, ini yang terbaik untuk orang perempuan. DIA mahu menjaga maruah dan kehormatan seorang wanita. Boleh pula mak cik ini suruh minta pada ALLAH macam tu...Terubat sedikit walang di hati mendengar nasihat mak cik ini.

Kemudian mak cik itu kembali ke mejanya. Setiap yang lalu pasti akan singgah untuk minum kopi ais. Sebelum orang itu berlalu pergi, pasti mak cik itu pesan supaya ke gereja, supaya belajar agama. Mak cik itu menyampaikan pesanan dengan penuh lemah-lembut dan menayangkan muka yang manis. Si pendengar pula, hanya mengangguk dan tersenyum.

Sungguh, hari ini saya diduga oleh ALLAH dengan kehilangan Aswad walaupun sekejap cuma. Kemudian ALLAH hadirkan dua orang mak cik yang berbeza perwatakannya bertanyakan saya perihal Islam. ALLAH hadirkan juga seorang kakak yang baik hati memulangkan kembali Aswad pada saya.

Cantik kan aturan ALLAH? ALLAH bagi saya kepahitan, kesedihan, kegelisahan...Kemudian, ALLAH bagi saya kegembiraan dan kemanisan pengalaman. Sungguh, pengalaman hari ini sungguh manis. Pahit pada mulanya, namun manis pada akhirnya.

Banyak yang saya belajar dari apa yang terjadi hari ini. Harapnya, awak yang membaca, mengambil teladan dan pedoman dari kisah saya ini. Harapnya awak semua tidak menjadi seperti saya yang kelu seribu bahasa saat ditanyakan tentang Islam. Tak terkeluar segala bahasa Korea yang tersusun di kepala waktu itu. Sedihnya rasa ALLAH sahaja yang tahu. Moga ALLAH memberikan taufik dan hidayah pada mak cik tadi dan kepada kita semua agar terus mendekati-NYA. Insya-ALLAH.







21 comments:

kipem19 said...

Assalamualaikum wbt nadzipah~

Makcik kedua tu mungkin tak pernah ada orang beritahu dia yang umat Islam yang benar2 berpegang kepada agamalah yang paling bebas di dunia ini kerana kita meletakkan penghambaan kita semata2 kepada Allah dan bebas daripada menjadi hamba nafsu fesyan manusia dsbg. Kerana itu kita pakai macam tu..sebab nak dapat redha Allah semata2, bukan redha makhluk lain^^,

mian lama x komen...lama sangat jadi pembaca senyap awak =)
그 동안 너의 블로그 잘 읽고 갓다^^ 진짜 여기 자주 갔다 왔어~

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam wbt, Nadzirah^^

Betul. Setuju sangat-sangat. Orang Islam yang mengamalkan Islam dalam setiap aspek kehidupan ini dikatakan tidak bebas. Sedangkan, kita hanya menghambakan diri hanya pada ALLAH semata-mata. Tiada yang lain. Kita bebas dari menghambakan diri kepada segala jenis nafsu kan? Itulah kebebasan yang hakiki. Insya-ALLAH.

Err...segan saya. Jazakillah khairan kathira sudi menjenguk blog saya yang tidak seberapa ini. Tiada apa yang perlu dimaafkan pun, Nad. Malah saya yang sepatutnya berterima kasih pada awak kerana sudi membaca dan berkongsi rasa dengan saya. =]

belle.talib said...

subhanAllah~

Laura said...

Salam.. nak tanya.. berapa lama saudari belajar bahasa korea barulah saudari boleh berbual-bual dgn selesa dgn org korea? Curious dan nervous, sebab nak ke korea jugak ni.

Nadzipah said...

Salam alaik, Laura.

Saya belajar bahasa Korea setahun di sini sebelum ambil degree. Rasanya untuk perbualan biasa yang simple... belajar 5,6 bulan pun dah boleh dah communicate dengan orang Korea. Untuk berbual selesa itu perlu selalu bercakap dengan orang Korea la. Practice makes perfect orang kata..:)

Bila saudari akan ke Korea? Contact la nanti.. Mana tahu boleh tolong apa yang patut. Insyaa-ALLAH. :)

Unknown said...

kak , nk blaja kt sna , dia nilai dri segi apa eh ?

Nadzipah said...

Nur Afini, kami datang ke sini dengan result SPM. Boleh apply biasiswa JPA atau pun MARA.

Boleh juga kalau nak apply biasiswa Korean Government. Cumanya tempatnya sangat terhadlah.

Anonymous said...

asalammualaikum akak sy nak tanya tajaan selalunya tawarkan bidang apa untuk ke korea dn berapa A dlm spm untuk dptkan tajaan?

Anonymous said...

saya mntak maaf sebab tanya banyak sgt dekat akak..tp sy harap akan dpt bg jawapan kepda pertanyaan saya tu walaupun sy x smp lagi tp sy mahu buat persedian pada awal lagi...

Nadzipah said...

Anonymous: Wa'alaikumussalam. Maaf lambat balas.

Untuk biasiswa JPA, bidang pengajian yang ditawarkan adalah kejuruteraan sahaja. Chemical engineering, electrical engineering, electronics engineering, mechanical engineering and advanced material engineering.

Untuk biasiswa MARA, bergantung kepada penaja. Ada animation, ada engineering, ada environmental science...

Untuk Korean Government Scholarship, boleh ambil apa-apa bidang asalkan tempoh pengajian degree adalah selama 4 tahun.

Sekurang-kurangnya 9A ke atas. Tapi details mengenai syarat-syarat layak memohon ni awak kena rujuk webpage scholarship sendiri la.

Harap membantu. All the best. :)

Anonymous said...

terimakasih atas bantuan akak..saya br masuk form 4 tahun ini dn mengambil aliran sains..dan saya mahu buat persediaan lebih awal..sekali lagi terima kasih atas bantuan akak..bolehkah saya tidak ambil subjek bio tetapi saya tukar kepada kejuruteraan..? dan perlukah saya menambah lagi satu subjek untuk bagi cukup 10 subjek???

Anonymous said...

dan yg akak kata sekurang-kurangnya 9A untuk tajaan jpa /mara atau korean goverment?

Nadzipah said...

Adik Anonymous, hihi. Apa nama ya? Tak best pula dok panggil Anonymous je.

Sama-sama. My pleasure. Akak hanya bagitahu apa yang akak tahu je.

Boleh je tak ambil subjek biologi dan ambil subjek kejuruteraan. Hmm. Tak tambah pun tak apa je rasanya. Cuma sekarang ni persaingan untuk dapatkan scholarship tersangatlah sengit. Hanya pelajar yang betul-betul cemerlang sahaja yang akan terpilih.

Untuk semua tajaan. Kalau boleh biarlah straight 9A1.

Kalau ada apa-apa lagi nak tanya, boleh emel akak direct, nadzipah.azid@gmail.com

Insyaa-ALLAH akak akan cuba bantu adik, apa yang termampu. :)

Bagus dah adik ni. Buat persediaan awal even baru masuk form 4. Wish you all the best. Allahu rabbuna yusahhil. Semoga dipermudahkan segala urusan adik ya. Insyaa-ALLAH.

Anonymous said...

terima kasih akak..akak boleh pggil saya nurhuda...ok kalau ad ape2 nanti sy email akak..

farhana said...

Assalamualaikum sis nadzipah. sy farhana dr johor malaysia.

sy skrg study degree in Uia. nak tanye, kalau nak apply master after habis degree, kita perlu amek step macam mana ye? kena mohon di website sungkyunkwan university kan?

and lagi satu, kalau x pandai bhsa korea lagi, and nak amek master, akan ade kelas korean laguange dulu ke macam mana eh?

thank you.:)

Nadzipah said...

Anonymous:
Okay Nurhuda. :)

farhana:
Wa'alaikumussalam Farhana. Haah. Boleh mohon di website universiti yang Farhana nak sambung tu.

Kalau di Sungkyunkwan University sendiri, memang ada language institute. Memang akan ada kelas untuk foreigners belajar bahasa Korea.

Belajar bahasa Korea sambil ambil master. Kelas bahasa Korea tu waktu pagi kalau tak silap saya.

Pelajar master biasanya akan pergi kelas bahasa Korea dulu sebelum mereka ke lab.

My pleasure. Harap membantu. :)

farhana said...

oo alhamdulillah ade kelas languange. okay insyaAllah plannye nak mohon kat sungkyunkwan university.

sis study kt sana ke? ramai x malaysian student kat sana?

Nadzipah said...

farhana:

Ada. Insyaa-ALLAH. Iya. Saya belajar di Sungkyunkwan University Suwon campus.

Kalau di SKKU Suwon campus ada lebih kurang 60 orang pelajar Malaysia. Setakat ni ada 2 orang pelajar post-graduated dan selebihnya pelajar undergraduate.

Kalau SKKU Seoul campus saya tak pasti. Kalau ada pun pelajar post-graduated la kot.

SKKU Suwon campus ni untuk natural science course macam engineering, architecture, medic, maths etc.

SKKU Seoul campus untuk humanities course macam business, law, arts etc.

Unknown said...

Assalamualaikum..akak..syae pelajar form 4 thun nie...syer minat sngat nak brlajar di korea..itulah azam saya...tapi saya ambil aliran akaun..saya x ambil aliran sains..mcam mna ek nak smbung belajar ke korea nie??

Nur Amirah Abd Rahman said...

assalamualaikum..saya amira.Saudari masih berada di Korea pada bulan September? Saya akan ke korea pada pertengahan bulan september 2014.Saya pergi berdua dan keduanya muslimah.Kami tidak mengambil sebarang tour agent.Saudari ada mengenali mana-mana yang boleh membantu atau menjadi guide sepanjang kami disana?Ini email saya.amirah252@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum saudari.
Salam daripada Malaysia.
Saya sebenarnya ingin meminta bantuan saudari untuk guide saya berkenaan tempat2 menarik di Seoul jika saudari tak keberatan...
Saya amat berharap saudari dapat membalas komen saya ini. Terima kasih. :)