Assalamu'alaikum wbt.
Lagi tentang Menghitung Hari. Countdown To Ramadhan, 32 Days To Go! Jom tengok video hasil garapan kreatif Cik Beah Osem ini. Something to ponder...
The Awesome Race! Are you game?
Bagaimana? Awak pilih untuk jadi Ali atau Awi? Insya-ALLAH, mana-mana pilihan yang awak buat pun, ada kebaikannya pada diri awak.
Hmm...Kalau saya, saya mahu jadi Ali. Saya ini tamak sikit orangnya. Saya mahu minum susu buatan Pak Cik Abu yang sedap dan enak itu. Tak mahulah dapat gelas berkilat yang dibersihkan oleh Pak Cik Abu saja. Tapi...tak dapat minum susunya yang sememangnya enak sehingga ke titisan terakhir itu. :'( Tak mau. Tak mau.
Apa? Awak pun tamak macam saya juga? Yeay! Ada geng! :D
Err...Bila dah jadi tamak ni, kena kerja keras la sikit. Baru boleh minum susu yang super duper sedap itu. Iya tak? Awak dan saya, kena la datang bawa gelas yang sudah berkilat. Sudah dibersihkan di rumah siap-siap sebelum ke gerai Pak Cik Abu. Gelas tak bersih, Pak Abu tak bagi susu dia tau!
Suatu analogi yang menarik dari Cik Beah Osem. Saya suka dengan analogi ini. Analogi yang ringkas, namun punyai suatu pengajaran yang tidak ternilai harganya bagi kita semua.
Lagi 32 hari untuk kita bertemu dengan Ramadhan. Moga-moga ALLAH izinkan kita semua untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Moga kita dapat beramal dengan amal yang terbaik yang dapat kita persembahkan pada ALLAH pada Ramadhan kali ini. Insya-ALLAH.
Ayuh, bersiap sedia dari sekarang. Masih berbaki 32 hari lagi. Insya-ALLAH, masih sempat untuk awak dan saya mempersiapkan diri seoptimum yang mungkin bagi menghadapi Ramadhan nanti.
Apa? Tidak tahu mahu mulakan dari mana? Boleh layari laman ini: http://30daysmarathon.blogspot.kr/
Awak boleh muat turun borang mutabaah amal. Bolehlah muhasabah kembali amalan harian awak dan mempertingkatkannya dari sehari ke sehari. Ada juga sedikit perkongsian tentang diet Rasulullah SAW dan 15 amalan Rasulullah SAW. Insya-ALLAH, bersama-sama kita mengamalkannya. Mulakan sedikit demi sedikit. Insya-ALLAH, apabila tibanya Ramadhan nanti, kita semua sudah boleh istiqamah dengannya.
Saat itu nanti, kita sudah boleh pecut untuk ke garisan penamat. Nanti, kita sama-sama berlumba memperbanyakkan amal pula. Insya-ALLAH.
Moga-moga, dengan persediaan yang dibuat ini, kita semua dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan lebih efektif. Semoga amalan ini juga berterusan pada 11 bulan seterusnya. Insya-ALLAH.
Nota 1: Alhamdulillah, usai menjawab kertas ketiga. Automatic Control System. Masih berbaki tiga kertas lagi. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan. Hari ini saya menjawab soalan dengan senang hati walaupun tidak semua soalan dapat saya jawab dengan baik. Adakah sebab, hati riang mendengar perkhabaran kemenangan Dr. Mursi di Mesir?
Nota 2: Kemenangan ini bermakna sudah tiada lagi rehat bagi kita semua dalam menegakkan Islam di muka bumi. Kemenangan ini merupakan suatu titik tolak untuk kita semua mempergiatkan lagi kerja-kerja dakwah dan tarbiyah bagi mencapai ustaziatul alam.
Pilihan di tangan kita. Sama ada kita mahu turut serta dalam gerabak yang mahu menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi. Ataupun, kita hanya sekadar mahu menjadi pemerhati kepada kejayaan itu kelak. Tepuk dada, tanya iman.
No comments:
Post a Comment