Monday, July 9, 2012

Barakallahu Feekum

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah sudah masuk minggu ketiga saya menjejakkan kaki ke tanah air tercinta. Bermakna sudah masuk tiga minggu jugalah saya berpraktikal di TNB cawangan Pasir Puteh. Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja.

Cukup seminggu berada di rumah, pada 30 Jun 2012, saya dan keluarga sempat ke Felda Chalok Barat meraikan walimah Kak Aina dan Ammar Muhammad. Sweet je tengok diaorang ni. Sempatlah tangkap sekeping gambar kenang-kenangan dengan kedua-dua mempelai yang tampak tampan dan ayu berbaju putih gading ini. Ambil berkat orang kata. Hee.



 Kedua-duanya merupakan senior saya di Sungkyunkwan University. Beza umur kami pun selang setahun saja. Pasangan kedua SKKU setelah kak Fatin dan Hazim. Seronok melihat walimah mereka yang tampak simple tapi penuh dengan kemeriahan. Pasangan mempelai pun senyum saja memanjang. Tentulah gembira bukan dapat 'berbuka' pada hari ini setelah sekian lama 'berpuasa'.  Semoga berbahagia hingga ke syurga buat mereka berdua. Insya-ALLAH.

Sabtu minggu kedua di rumah, pada 7 Julai 2012; semalam, saya ke Felda Tenang pula untuk meraikan walimah kakak sepupu. Kedua pasangan raja sehari tampak segak dan anggun dengan sepersalinan baju ungu kundang. Selamat pengantin baru buat Kak Nani dan suami. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. Insya-ALLAH.


Sebenarnya ramai yang telah menamatkan zaman bujang mereka semalam. Saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada kawan satu batch, Farid Hakim dan isterinya, Maheerah yang telah selamat diijabkabulkan semalam. Tidak lupa juga kepada CEO dan pengasas Langit Ilahi, saudara Hilal Asyraf yang telah melafazkan lafaz sakinah bersama pasangannya, Tengku Mashitah semalam. Selamat pengantin baru buat kesemua mempelai. Saya tumpang gembira atas kebahagian kalian semua.

Jealous juga sebenarnya melihat kawan-kawan satu batch dapat menghadiri kedua-dua majlis akad nikah dan resepsi Farid dan Hilal. Tapi, tak mengapalah. Apapun saya mendoakan kesemuanya berbahagia bersama pasangan masing-masing. Semoga mereka dapat mengemudi nakhoda yang baru memulakan pelayaran ini dengan penuh hikmah dan kreatif mengikut syariat Ilahi semestinya. Insya-ALLAH.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru in advance kepada Kak Amrah yang bakal mengadakan walimah pada 14 Julai 2012; Sabtu minggu hadapan bersama pasangannya. Maaf, saya tidak dapat menghadirkan diri pada walimah Kak Am nanti. Praktikal ni tak dapat cuti. Huu.

Cuti saya kali ini memang padat dan dipenuhi dengan praktikal dan menghadiri walimah kawan-kawan dan senior-senior. Keadaan saya yang berpraktikal pada cuti kali ini agak membataskan saya untuk menyertai pelbagai program. Tidak seperti cuti-cuti sebelum ini. Nak buat macam mana kan? Terpaksa menarik diri daripada menghadiri program yang bakal berlangsung pada hujung bulan nanti. Sedih la juga. Huu. Namun saya percaya, pasti ada hikmahnya. Insya-ALLAH.

Barakallahu feekum. Barakallahulakuma. Tahniah. Mabruuk. Selamat pengantin baru buat semua yang sudah, sedang dan akan melangsungkan perkahwinan. Selamat melangkah ke fasa baru. Selamat bertukar status. Selamat berbahagia. Selamat menggalas tanggungjawab baru.

Saya doakan kalian semua berbahagia disamping pasangan masing-masing. Terimalah mereka seadanya. Hargai kelebihan pasangan dan raikanlah kekurangan pasangan anda.

 Buat para suami, kemudilah bahtera yang baru sahaja memulakan pelayaran itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Sekarang andalah nakhoda yang akan menentukan bahtera yang dikemudi sampai ke destinasi dengan selamat atau sebaliknya.

Buat para isteri, bantulah nakhoda kalian mengendalikan bahtera yang baru sahaja berlayar itu dengan penuh dedikasi. Kalianlah penentu bahtera itu berjaya tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat atau tidak.

Layarilah bahtera cinta dengan penuh kasih sayang dan saling tolak ansur. Binalah mahligai cinta yang penuh dengan limpahan rahmah, sakinah dan mawadah Ilahi. Semoga mahligai cinta yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Insya-ALLAH. =')

Nota 1: Melihat kenalan terdekat menamatkan zaman bujang masing-masing, diri ini tertanya-tanya sendiri, bilakah pula giliranku? Wahai putera agamaku, mawarmu ini masih berusaha, sedang berusaha dan akan terus berusaha untuk mensolehahkan diri sebaik mungkin. Semoga, usahaku dalam mensolehahkan diri ini bakal menemukan diri ini dengan dirimu yang soleh juga. Insya-ALLAH.

Nota 2: Tidak sabar mahu menunggu hujung minggu. Moga rindu yang sedang membuak-buak ini terubat saat menatap wajah mereka. Insya-ALLAH. Jazakilahu khairan jaza' buat awak yang sudi mengundang saya. =')

No comments: