Salam 'alaik.
Zilal. Iya. Saat pertama kali mata menatap setiap patah kata dalam kisah lakaran Inche Gabbana ini...saya bagaikan disentak oleh sesuatu.
ALLAHU ALLAH.
Saya tertarik dengan cara Farid mendakwah fardhiyah Junaidi. Saya terpesona dengan perilaku sang murabbi bergaul mesra dengan sang mutarabbinya.
ZILAL is so something. It makes me realize about something.
Membaca episod demi episod Zilal yang sehingga post ini ditulis masih belum menemui titik noktahnya, membuatkan jiwa saya resah gelisah. Hati tidak tenang. Dan hadir rasa bersalah dalam diri. Huhu.
Melihat kepada layanan Farid terhadap Junaidi...Mata saya terbayang-bayang layanan saya terhadap mutarabbi saya. Huwaa...Terasa jauh panggang dari api. Betapa jauhnya beza antara saya dan Farid ini.
Percikan kasih sayang Farid dapat saya rasai...Terkadang terasa sebak sendiri melihat kepada prihatinnya Farid ini terhadap Junaidi. Melahirkan rasa kasih sayangnya yang tidak bertepi. Tidak perlu sembunyi-sembunyi.
Terasa kalah diri sebagai wanita yang selalu diperkatakan penuh dengan emosi ini dengan seorang lelaki.
'Haih. Kenapalah Farid ni sweet sangat?'
'Bagusnya. Dia contact Junaidi hari-hari. Alahai...saya? Huhu...'
'Farid bawa Junaidi ke pantai semata-mata untuk ucapkan dia sayangkan Junaidi...Dan dia mahu ke syurga bersama Junaidi. ALLAH...Saya? Belum tentu mampu...huhu.'
Iya. Itulah yang terluah dari hati kecil saat menelusuri setiap episod Zilal ini. Terasa betapa kerdilnya diri ini. Terasa betapa zalimnya diri ini terhadap mutarabbi.
Maafkan akak, korang...Huhu.
Betullah...betullah kata mereka...Saya ini kurang affection.
Sesuatu perlu dilakukan. Harus! Wajib!
Move on, Nadzipah. Keluar dari keterbiasaan itu.
1 comment:
saya pun ada masalah nak men-df adik-adik usrah jugak. T____T
Post a Comment