Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillah sudah 23 hari Ramadhan berlalu. Hari ini sudah masuk 24 Ramadhan. Bahagia dalam duka. *eceh..macam ayat jiwang pulak!* Hakikatnya itulah yang saya rasa. Bahagia sebab ALLAH izinkan saya masih bersama-sama Ramadhan kali ini. Alhamdulillah. Duka sebab lagi 5 hari Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita semua. Sedih. T.T
Kelmarin dan semalam, Alhamdulillah, saya sempat berbuka, berterawih dan beriktikaf di Masjid Itaewon. Subhana-ALLAH. Masya-ALLAH. Suasana berbuka di ruangan muslimat memang meriah. Di ruangan muslimin pun kelihatannya begitu meriah sekali. Umat Islam dari pelbagai negara duduk iftar bersama-sama. Macam-macam ragam boleh dilihat. Pelbagai stail boleh ditengok. Dari bentuk rupa, cara pemakaian dan yang paling ketara bahasa yang berbeza. Serasa macam saya sedang mengembara ke seluruh pelosok dunia saat itu! *OK. Metafora terlebih*
Kami iftar ringan dahulu dengan kurma dan minuman. Kemudian kami menunaikan solat Maghrib berjemaah. Setelah itu barulah kami menikmati juadah berat. Seterusnya selesai makan, kami naik ke atas; ke ruangan solat wanita untuk berjemaah Isyak dan terawih. Di sini terawih hanya dilakukan sebanyak 8 rakaat. Namun disebabkan oleh bacaan yang agak panjang, terasa seolah-olah melakukan terawih 20 rakaat.
Solat witir tidak dilakukan seusai solat terawih. Solat tahajjud dan witir akan dilakukan sekitar jam 2.45 pagi nanti. Solat tahajjud 8 rakaat dan witir 3 rakaat. Juga mengambil masa hampir sejam.
Masjid Itaewon membenarkan kepada sesiapa untuk beriktikaf di situ sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan. Bagi sesiapa yang beriktikaf, seusai solat terawih mereka membaca Al-Quran, melakukan solat-solat sunat dan sebagainya. Saya yang melihat suasana itu terasa sebak sendiri. Melihat bagaimana muallaf; orang Korea yang baru memeluk agama Islam begitu bersungguh-sungguh reciting Quran menyebabkan diri ini terasa begitu kerdil. Bahkan dengarnya mereka sudah berkali-kali khatam Quran sepanjang Ramadhan ini. Subhana-ALLAH. Masya-ALLAH. Sangat berbangga dengan mereka. Dalam masa yang sama cemburu dengan kesungguhan mereka.
Apabila melihat kepada suasana harmoni dan penuh himmah ini, saya juga jadi bersemangat untuk menghabiskan bacaan Al-Quran saya. Memang pengalaman beriktikaf kali ini begitu manis sekali. Mengenali Kak Sabirah; anak Imam di situ. Mengenali muslimah-muslimah yang lain. Walaupun hanya berbalas salam dan berbalas senyum. Namun ukhuwah itu tetap terasa.
Insya-ALLAH, Ramadhan yang masih berbaki lagi 5 hari ini, bersamalah kita manfaatkan sebaiknya. Moga-moga kita akan menemui Lailatur Qadar itu kali ini. Tingkatkan ibadah selagi termampu. Berdoalah. Moga ALLAH memperkenankan doa kita. Insya-ALLAH.
4 comments:
Assalamualaikum akak....salam perantauan^^
waaaa...akak jelez dgn muallaf,syafa lak jelez ngan akak...huhu...teringin beriktikaf di masjid jugak...
akak jaga diri yer disana...xpe,iA...wherever we are,whenever it is,himmah perlu maintai,istiqamah...
chaiyok2...^^
Wa'alaikumussalam wbt, Syafa^^
hihi..salam perantauan..best la orang tu boleh beraya bersama keluarga tercinta kan...Alhamdulillah
Alhamdulillah. ALLAH bagi peluang untuk beriktikaf. Kat Malaysia tak pernah buat pun. Insya-ALLAH, nanti akan ada peluang Syafa pulak untuk beriktikaf ye^^
Insya-ALLAH. Doakan akak ye Syafa^^
the same goes to tok imam here...
alhamdulillah, kami stat qiyam malam ke 21....
dengar suara tok imam, sedap..subahannalah....
wah...suara tok imam sedap tu yang lagi best nak qiyam..hehe...lagi feel..:)
Post a Comment