Monday, August 29, 2011

Buat Kamu Yang Bergelar Lelaki

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ALLAH masih mengizinkan kita semua bernafas lagi pada pagi 29 Ramadhan 1432H ini. Kemungkinan hari ini merupakan Ramadhan yang terakhir pada tahun ini kerana insya-ALLAH esok seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Aidil Fitri.

Bagaimanakah progress Ramadhan kita kali ini? Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Insya-ALLAH. Selepas ini, bermulalah medan tempur kita untuk 11 bulan yang mendatang. Medan tempur amal, melawan musuh; syaitan yang esok akan bebas dari perintah berkurung. Semoga kita semua berjaya mengharungi pertempuran ini. Insya-ALLAH.

Alhamdulillah. Pada hari-hari terakhir Ramadhan kali ini saya sempat beberapa kali iftar, qiam dan sahur di Masjid Itaewon. Subhana-ALLAH. Masya-ALLAH. Hampir menitis air mata melihat betapa meriahnya sambutan mereka mengejar malam penuh keberkatan; Lailatul Qadr. Masing-masing berlumba-lumba dalam beramal. Pada malam ke-28 masih lagi 'full house'. Hebat. Subhana-ALLAH!

Saya amat tertarik dengan cara saudara-saudara seIslam kita di sini mengendalikan majlis makan-makan. Saling bekerjasama itu sudah pasti. Namun apa yang lebih menarik ialah kaum Adam yang mendominasi hampir kesemua kerja. Daripada menyediakan juadah berbuka sehinggalah kepada membersihkan periuk belanga.

Fenomena ini jarang dapat dilihat di majlis-majlis rewang di Malaysia. Biasanya kaum Hawa yang mendominasi semua kerja. Memasak memang kaum ibu yang menjadi chef dan co-chefnya. Membasuh pinggan mangkuk pun kaum ibu juga yang bertungkus lumus menyinsing lengan. Kesimpulannya, kaum ibu memang lebih menyerlah di majlis rewang berbanding kaum bapa.

Sebaliknya, apa yang saya lihat di sini, kaum bapa yang mendominasi. Kaum ibu hanya melakukan kerja-kerja ringan. Memasak juadah, menghidang juadah dan membasuh kesemuanya memang terletak pada tugas kaum Adam. Konklusinya, kaum bapa yang membuat segala macam benda.

Jika kita menyelami kisah Rasulullah pun, kita akan mendapati yang Rasulullah juga menolong isteri-isteri baginda membuat kerja rumah kan? Baginda pernah menguli tepung untuk dibuat roti. Baginda juga pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak. Lihat. Betapa kaum lelaki itu tidak terlepas daripada membuat kerja-kerja rumah. Lebih tepat lagi, kerja di rumah bukan sahaja menjadi kemestian untuk kaum perempuan mengerjakannya. Bahkan kaum lelaki juga perlu tahu melakukannya.

Buat kamu yang bergelar lelaki
Contohilah junjungan mulia Muhammad Rasulullah
Andai baginda juga turut melakukan kerja rumah
Mengapa tidak kamu?

Membasuh, memasak, mengemas...
Semua itu bukan termaktub untuk wanita sahaja
Bahkan lelaki juga turut digalakkan mengerjakannya
Usahlah kamu beralasan
Jika Rasulullah dengan senang hati melakukannya
Mengapa kamu perlu berkeluh kesah?

Kaum perempuan itu tugas pentingnya dalam mendidik anak-anak
Kerja rumah buat tugas mutlak seorang perempuan
Berganding bahulah dalam mengerjakannya
Ringankanlah beban isterimu di rumah

Buat kamu yang bergelar lelaki
Jadilah lelaki yang prihatin
Prihatin dengan kebajikan keluarga
Prihatin dengan kesibukan isteri
Tidak salah bukan menghulurkan tangan meringankan beban?
Isteri senang, suami gembira, keluarga bahagia. :)

Harapnya, suatu hari nanti suasana ini akan dapat dilihat di semua tempat. Kaum lelaki membantu memasak, mengemas dan menghidang bersama. Bukan orang perempuan je yang kena pandai memasak dan mengerjakan kerja-kerja rumah kan? Orang lelaki juga perlu tahu itu.

Bukan ke lebih mesra sesebuah keluarga itu saat isteri dan suami bergandingan bahu di dapur menyediakan juadah bersama-sama? Kasih sayang makin erat, keharmonian rumah tangga juga terjamin. *OK. Tak nak cakap lebih-lebih. Saya belum ada pengalaman. :P*

Nota kaki : Menginginkan seorang ketua keluarga yang mencontohi Muhammad bin Abdullah. Bersama-sama berpimpinan tangan ke arah kebaikan.

P/S: Today is the first day of autumn semester. Have 3 classes to attend today. The first day of semester on the last day of Ramadhan. Happy studying friends! May ALLAH bless you. ^^



No comments: