Assalamu'alaikum wbt.
Saya memang suka berjalan-jalan di alam maya (baca: blog walking). Kalau sehari tak berjalan tu tak sah. Nak-nak time cuti macam sekarang ni kan. Memang itulah kerja saya. Macam-macam blog saya masuk. Blog e-novel, blog islamik, blog ilmiah dan macam-macam lagi. Saya tak kenal pun penulis blog tu, tapi bila saya tertarik dengan gaya penulisannya, updatenya, memang saya sentiasa akan menjenguk blog mereka. Ada yang saya jadi follower dan ada yang tidak, tapi sentiasa jenguk blog-blog berkenaan.
Sampai satu tahap, saya rasa macam saya kenal orang tu. Macam dah kenal lama. Walaupun tak pernah bertegur sapa. Dan ada yang menyapa. Add di Facebook. Add di Yahoo!Messenger. Borak-borak bertukar cerita. Insya-ALLAH, kalau diizinkan-NYA, saya nak kenal face-to-face dengan dia.
Ok. Saya bukan nak cakap pasal minat blog walking saya ni sebenarnya. Saya nak cakap tentang penilaian terhadap nasihat daripada seseorang. Saya petik kata-kata seorang blogger Bro Hami Asraff. Katanya,"Jangan melihat pada siapa yang memberi nasihat dan tunjuk ajar. Tetapi lihatlah bentuk nasihat dan kebaikan yang diutarakan."
Hassan Al-Basri juga ada berkata, "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan."
Alright. Berdasarkan petikan kata-kata di atas, dapat disimpulkan di sini yang kita tidak boleh mengabaikan nasihat dan ucapan seseorang hanya dengan melihat luarannya, penampilannya. Mentang-mentang tengok dia selekeh, terus kata-kata nasihat dia kita abaikan. Padahal apa yang dia cakap tu betul. Mentang-mentanglah tengok perangai dia tak semenggah, terus reject apa yang dia cakap. Padahal apa yang dikata tu tak ada salahnya. Tak boleh macam tu teman-teman. T.A.K. B.O.L.E.H!
Memang diakui, si pemberi nasihat itu bukanlah baik sangat pun. Ok. Takpe. Biarlah. Yang tak baik tu perangai dia. Tapi kalau dah kata-kata dia tu baik, nasihat yang elok. Apa salahnya kita ambil nasihat dia tu. Dengar apa yang dia kata. Tak salah kan? Perangai dia yang tak baik tu jangan ikutlah. Tapi nasihat dia yang baik tu ambillah.
Setiap orang mesti ada buat silap. Tak kisah la yang tu. Yang penting, kata-kata yang baik, ucapan yang berhemah dan nasihat yang berguna jangan kita biarkan begitu sahaja. Dengar. Ambil. Amalkan.Lihatlah dengan mata hati. Bila melihat dengan mata hati, kita tahu apa yang orang tu cakapkan adalah untuk kebaikan kita. Nasihat dia tu betul. Biarpun dia bukanlah orang alim atau tidak punya nama, namun itu bukan segala-galanya. Ulah yang terbit dari bibirnya itu bermakna. Itu sudah cukup untuk kita dengari dan hormatinya. Tak perlu pangkat berderet baru kita nak dengar kata-kata dia.
Kalau nak tunggu sempurna dulu baru nak bagi nasihat, memang tak tahu bila la kita boleh bagi nasihat. Manusia memang tidak sempurna. Pasti ada kurang di mana-mana. Pasti akan tersilap sini-sana. Tapi, kita boleh berusaha untuk menjadi sempurna. Dalam pada berusaha untuk menjadi sempurna itulah kita bersama-sama mengajak orang lain juga ke arah itu. Menjadi lebih baik. Berusaha untuk menjadi baik.
Sudah semestinya kita tidak mungkin menjadi sesempurna akhlak dan peribadi Muhammad Bin Abdullah. Yang sememangnya maksum. Namun kita boleh berusaha untuk menjadi sesempurna Nabi Muhammad. Berusaha untuk mempunyai akhlak dan peribadi mulia seperti baginda. No one is perfect, but everyone can try to be perfect. At least almost perfect. Tak salah untuk berusaha bukan?
Jadinya, hindarilah diri daripada menilai kata-kata seseorang dengan melihat peribadinya. Yang baik itu ambillah. Yang tak baik itu tinggalkanlah. Dia tidak sempurna. Kamu juga tidak sempurna. Kita juga tidak sempurna. Tapi semua orang sedang berusaha untuk menjadi sesempurna yang mungkin. Nilailah dengan mata hati. Sesungguhnya penilaian mata hati itu tidak menipu.
p/s: Kata-kata yang lahir dari hati akan sampai ke hati.
p/s/s: Sense of begin with the end in mind. *thanks Nisaa for the sharing^^*
No comments:
Post a Comment