Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Kareem. Salam Ramadhan al-Mubarak

Assalamu'alaikum wbt.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur pada-MU, YA ALLAH. Sekali lagi DIA mengizinkan saya, awak, kamu dan kita semua untuk bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh barakah. Bulan yang penuh rahmat. Alhamdulillah.

Salam Ramadhan Kareem buat semua. Salam Ramadhan Al-Mubarak buat keluarga tercinta. Salam Ramadhan kepada rakan-rakan di Korea ataupun di Malaysia, senior dan junior serta semua yang mengenali diri ini. Selamat menjalani ibadah puasa; rukun Islam yang ketiga.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa."-Al-Baqarah,2:183-

Sama-samalah kita memanfaatkan Ramadhan kali ini. Bersama-sama meningkatkan amal. Moga terus istiqamah dan dapat diteruskan pada 11 bulan yang akan datang. Insya-ALLAH.

Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan buat semua andai ada salah dan silap, terkasar bahasa, terasa hati dan sebagainya.

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Insya-ALLAH. Saya menasihati diri saya sendiri dan anda semua supaya memanfaatkan hari-hari di bulan yang penuh barakah ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

1. Sahur jangan lupa ye^^
2. Tadarus al-Quran. (Kalau boleh cuba khatamkan...)
3. Solat terawih
4. Berzikir
5.Qiamullail
6. Iftar jamai'e (Jangan melambat-lambatkan berbuka ye...)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar."-HR Ibnu Majah-

Jangan biarkan diri kita tergolong di dalam golongan yang disebut junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kita berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Tetapi kita mahu lebih dari itu. Kita ingin memupuk diri kita menjadi seorang hamba yang hebat rohaninya; yang mantap pegangannya. Meninggalkan perkara-perkara terlarang dan mengamalkan perkara-perkara suruhan. Meningkatkan amal dan istiqamah dengan amal yang dilakukan biarpun Ramadhan telah berlalu.

Jadikanlah Ramadhan ini sebagai medan latihan kita. Medan tempurnya ialah selepas Ramadhan. Manfaatkan sepenuhnya medan latihan selama sebulan ini dengan persediaan-persediaan yang rapi, mantap dan hebat untuk menghadapi medan tempur yang panjang dan penuh pancaroba serta berliku-liku dengan onak dan duri. Insya-ALLAH, jika persediaan kita mantap,teguh dan utuh, kita dapat menghadapi rintangan yang menghadang dengan jayanya. Insya-ALLAH.
p/s : "Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dengan pertambahan ibadah kepada-NYA." Insya-ALLAH. Moga-moga. Terima kasih atas ingatan dan doanya kakakku. Doakanlah adikmu ini kuat menghadapi Ramadhan di perantauan tanpa insan tersayang. *huhu..sedih...*

p/s/s: Alhamdulillah. ALLAH permudahkan segala urusan saya hari ini. Alhamdulillah. Hamdan lillah. Syukran lillah. Terasa ALLAH itu sangat sweet dan memahami keluh kesah hati ini. *My 'sweetheart' always know the best for me. HE always there right on my side. *

2 comments:

Syafa Mohamed said...

nk share sweetheart ngn akak boleh?

akak join tadarus ptg2 yg raudhah shurakah tue??

kalau akak nk join,syafa boleh invite akak..ptg,445pm waktu jepun..:)

Nadzipah said...

boleh aje syafa. let's share it together.^^

my 'sweetheart' is yours too.*wink2*

akak memang nak join. semalam terlambat baca email. huhu. insya-ALLAH hari ni akak join. nanti invite akak ye. terima kasih syafa =)